Showing posts with label memorialisme. Show all posts
Showing posts with label memorialisme. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Aku Jua Terkenang


Layar sesawang
cerita apa sahaja
gendang maya
satu dunia boleh tahu

aku mula mengimbau memori
tika aku habis degree
umur ku mencicah 25 tahun barang kali
tumpul ingatan aku mengenangnya
namun segar sebagai memori
pengalaman yang aku tak pernah lupa

aku tak reti masak
aku dulu akur
aku belajar masak
ketika arwah ibuku demam sakit urat
aku masih ingat
situasinya
bila
arwah ibuku sakit urat
pasti arwah demam & tidak boleh bergerak
itu perkara biasa

aku masih ingat
juadah pertama aku masak pada arwah ibuku
bubur ayam
aku selongkar resepi almari sesawang maya

aku masih ingat
arwah ibuku
kolestrol nya tinggi
aku bakar ayam salut oat
habis
aku selongkar sesawang maya
mencari resepi berasaskan oat
faktanya untuk sedut kolestrol

aku naif waktu itu
walau pada masa itu
aku sudah berijazah
aku tak matang

arwah ibuku
orang kedua
orang sakit pernah aku jaga ikut kudrat jahilku

dulu semasa
arwah makcik ku yang ku anggap beliau ibuku jua
hanya minum susu sahaja

dulu semasa
arwah baba ku
aku tak sempat jaga
kerana arwah
pergi tanpa dijangka

aku belajar urusan belakang dapur
semasa menjaga arwah ibuku sakit
aku belajar masak sedikit demi sedikit
internet guruku

segar dalam ingatan aku
arwah ibuku
teringin menjamah sup kentang
beliau bermonolog lisan dengan ku
cara membuat sup kentang

namun waktu itu
aku naif ilmu masakan
aku letak banyak suhun
sup kentang kering jadinya
namun arwah ibuku tak marah
dia tahu
aku waktu itu
tak tahu

dari tak tahu
aku semakin tahu
aku tahu cara pilih barang di pasar
aku tahu ikan udang ayam segar tak segar
aku belajar
ilmu wanita
sewaktu ibuku mula sakit

alhamdulillah waktu itu
kesihatan ibuku
sihat
cuma demam-demam biasa
sakit urat biasa

ibu garang
beliau tegas bila mengajar
ilmu dapur
sehingga adik beradik
gelarkan arwah ibu Cikgu Kemahiran Hidup

arwah sempat membaja ilmu masak kepada kami

giliran aku
aku fikir
hanya orang terpilih sahaja
yang akan merasa
menjaga ibunya
jangan sia siakan

kerana matlamat aku pada waktu itu
sudah aku ulang berulang kali dalam blog ini


hargailah selagi ada
sekian. 




Friday, September 30, 2011

percaya pada luka

Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini

Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta


Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita

Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu

Wednesday, December 22, 2010

bengkel lawatan sambil belajar

desaru~

















rawa steamboat~
















18hb sabtu 10.30a.m
bertolak dari tol alorstar selatan menaiki highace kenderaan universiti
8.00p.m
sampai johorbharu
makan nasi lemak gerai tepi jalan
9.30p.m
checkin dorsett hotel,jb

19hb ahad 7.00a.m
sarapan pagi dihotel
nasi goreng taksedap..
8.30a.m
sampai pusat pembelajaran PLK jb
bengkel adegan kena basuh
12.30p.m
makan tengahari
restoran takingat
2.00p.m
singgah makam sultan mahmud mangkat dijulang
sedekahi alfatihah
perjalanan ke kotatinggi
beli kain cotton sehelai 15ingget
perjalanan ke desaru
aman jiwa
7.30p.m
perjalanan pulang terus menapak makan malam di rawa steamboat
10.30p.m
pulang ke hotel

20hb 6.15a.m
perjalanan ke singapura
sarapan pagi nasilemak
bergerak ke dangabay
menaiki bas odyssey
9.00a.m
sampai universal hollywood
taklimat
pemberian kupon 15dolar dan peta
aktiviti bebas
6.30p.m
menunggu di perhentian bas
pulang
9.30p.m
makan malam digerai tepi jalan
11.30p.m
balik hotel

21hb 7.15a.m
sarapan pagi
bergerak ke puteri pan pacific hotel,jb
melangut menunggu mesyuarat CEO tamat
saya yang menurut perintah
12.30p.m
makan tengahari dan window shopping di kotaraya shopping complex
3.00p.m
pulang ke kedah
11.30p.m
sampai alorstar
pemandu hantar sampai kerumah


universal hollywood







Friday, December 10, 2010

meragainya biar sempurna

singgah blog yang aku minati
membaca dan terus memikiri

kenapa aku bertudung?
kerana aku rasa selesa begini

tudung
burqa
hijab

biar bersedia sepenuh ragamu mahu meragakannya
bukan kerana suruhan siapa-siapa
biar bersungguh-sungguh mahu meragakannya
bukan untuk fesyenisme semata-mata

biar ikhlas meragakannya
supaya tiada terjadinya
serigala jadian
siang memakai
malam tidak
kerana ajakan rakan
teman-teman juga pembawa segalanya

waris ajari ragakannya sejak kecil
malah masih tadika suka berbalut litup
bila sudah besar?
apa terjadi..

memanglah betul
fakta perumpamaan "meluntur buluh biar dari rebungnya"
bukan tidak disuruh,disemai sejak kecil pun ada
namun bila meningkat matangnya
makin kencang dugaannya

ada mereka
ragai labuh litup
sangat ayu raudhah bila memandang

dasar hati adakah ditutup-litup seperti diluaran

teringat zaman universiti
ada mereka
bertudung labuh alimnya mereka
pabila melihat mereka yang jahil
memakai baju bertali halus
mimik muka mula terpancar luahan menjengkelkan

hahhh..itu bagaimana pula?

teringat zaman universiti
pesani jangan dating
walau dulu aku sangat gila mengejar keseronokan dunia
cinta bodoh
tetapi
diri sendiri dating,tak mengapalah pula..

golongan sebegini
segelintir juga mungkin ada
memilih rakan
jika mereka rasakan tidak baik akhlaknya
pasti dihindari
atau mula memandang tidak suka

memang benar
berkawanlah dengan orang baik amalannya,supaya kita akan mengikutinya..

tetapi
sebenarnya kita semua sama
menegur orang lain namun perlu relakan diri orang lain menegur

bagi mereka yang belum bersedia
masih gembira meneguk keseronokan dunia
berikan masa
walau masa makin mencemburui kita

aku pula berbeza situasinya
semua terletak dalam diri
jika rela mahu silakan
tapi jika sekejap mahu sekejap tidak
lebih baik tidak payah
kerana jangan bermain dengan kewajipan

teringat masa sekolah rendah
aku langsung tidak bertudung walau sudah mahu duduki peperiksaan sekolah rendah
aku lihat yang lain-lain memakainya di sekolah
namun bila jumpa kat luar terus buka
ustazah kelas agama selalu berkata "setiap urat rambut kita ada syaitan bergayut"
kebal gila telinga masa tuh
tidak kisah cakap apapun
biar aku ada pendirian
kalau tidak mahu pakai
jangan pakai

teringat masa zaman tuition dekat Prima dulu
aku belum lagi bersedia meragainya
lihat semua tusyen mate sudah memakainya
tetapi diluar tusyen tidak pakai pun
makin lama
makin aku segan
tetapi mula aku terfikir
pendirian rela atau tidak

aku belajar memakai tudung waktu duduki peperiksaan menengah rendah
waktu itu
berkecamuk identiti
lihat orang lain pakai
tetapi aku tidak
malu pula rasa

pakai jugalah
walau sekejap pakai
sekejap tidak
sampai arwah ayah tegur "kalau nak pakai buat cara orang nak pakai"
memang menusuk qalbu

bila sampai peringkat remaja
waktu mahu duduki peperiksaan menengah
tetapi bertudung
namun gemar memakai baju bodyshape pula
terus diduga imanku
rakan sekolah turut tusyen bersamaku
mula membuka kontroversi
bagailah mereka tidak memakainya..

memakai sebegitu bukan untuk tayangan
kerana selesa
untuk membentuk kewajipan dengan sempurna
bertudung cara muslim yang betul sangat sukar
kerana waktu itu masih muda
makin ralat membuang masa

lama masa berlalu membentuk akidah

mental makin bersedia
aku pelajari meragakannya
makin lama makin selesa
makin lama makin rasa lengkap bila memperagainya..
sehingga waktu ini
insyaAllah, alhamdullillah


hidayah
sangat klishe

aku sendiri
tidak tahu
samada aku bertudung
kerana terpanggil hidayah

aku ragainya kerana
bila tidak memakainya
tidak rasa lengkap tidak selesa

agar
meragainya biar sempurna

Sunday, May 30, 2010

rainforest makan-makan















































lokasi: restoran rainforest
masa:8.30 malam
aktiviti: makan steamboat bersama keluarga dan pakcik saudara. Sedap! murah dan tak rugi jika kalian pergi kesana

Wednesday, April 28, 2010

Los n Faun


Setelah "pakuda" iaitu pakcik sedara saya serta anak lelakinya iaitu sepupu saya "farhan membantu saya dan mama saya mengemas dan menyelongkar barangan lama di bawah tangga rumah saya. Terjumpalah beberapa barangan lama yang antik lagi tersimpan sejarah lama.





Ini adalah langsir lama yang dijumpai di dalam stor kecil dibawah tangga rumah saya. Sarat dengan sinar cahaya jingga..















Ini adalah lukisan corak bebas milik saya sewaktu tingkatan 1 dahulu. Sungguh tidak berbakat saya dalam bidang seni lukisan.







Ini adalah surat datuk sebelah arwah baba saya. Lihat, betapa uniknya tulisan orang-orang lama kita dahulu. Setelah saya cuba membaca surat utusan datuk saya ini, tidaklah dapat saya memahami sekalipun isi kandungannya.