Layar sesawang
cerita apa sahaja
gendang maya
satu dunia boleh tahu
aku mula mengimbau memori
tika aku habis degree
umur ku mencicah 25 tahun barang kali
tumpul ingatan aku mengenangnya
namun segar sebagai memori
pengalaman yang aku tak pernah lupa
aku tak reti masak
aku dulu akur
aku belajar masak
ketika arwah ibuku demam sakit urat
aku masih ingat
situasinya
bila
arwah ibuku sakit urat
pasti arwah demam & tidak boleh bergerak
itu perkara biasa
aku masih ingat
juadah pertama aku masak pada arwah ibuku
bubur ayam
aku selongkar resepi almari sesawang maya
aku masih ingat
arwah ibuku
kolestrol nya tinggi
aku bakar ayam salut oat
habis
aku selongkar sesawang maya
mencari resepi berasaskan oat
faktanya untuk sedut kolestrol
aku naif waktu itu
walau pada masa itu
aku sudah berijazah
aku tak matang
arwah ibuku
orang kedua
orang sakit pernah aku jaga ikut kudrat jahilku
dulu semasa
arwah makcik ku yang ku anggap beliau ibuku jua
hanya minum susu sahaja
dulu semasa
arwah baba ku
aku tak sempat jaga
kerana arwah
pergi tanpa dijangka
aku belajar urusan belakang dapur
semasa menjaga arwah ibuku sakit
aku belajar masak sedikit demi sedikit
internet guruku
segar dalam ingatan aku
arwah ibuku
teringin menjamah sup kentang
beliau bermonolog lisan dengan ku
cara membuat sup kentang
namun waktu itu
aku naif ilmu masakan
aku letak banyak suhun
sup kentang kering jadinya
namun arwah ibuku tak marah
dia tahu
aku waktu itu
tak tahu
dari tak tahu
aku semakin tahu
aku tahu cara pilih barang di pasar
aku tahu ikan udang ayam segar tak segar
aku belajar
ilmu wanita
sewaktu ibuku mula sakit
alhamdulillah waktu itu
kesihatan ibuku
sihat
cuma demam-demam biasa
sakit urat biasa
ibu garang
beliau tegas bila mengajar
ilmu dapur
sehingga adik beradik
gelarkan arwah ibu Cikgu Kemahiran Hidup
arwah sempat membaja ilmu masak kepada kami
giliran aku
aku fikir
hanya orang terpilih sahaja
yang akan merasa
menjaga ibunya
jangan sia siakan
kerana matlamat aku pada waktu itu
sudah aku ulang berulang kali dalam blog ini
hargailah selagi ada
sekian.
