singgah blog yang aku minati
membaca dan terus memikiri
kenapa aku bertudung?
kerana aku rasa selesa begini
tudung
burqa
hijab
biar bersedia sepenuh ragamu mahu meragakannya
bukan kerana suruhan siapa-siapa
biar bersungguh-sungguh mahu meragakannya
bukan untuk fesyenisme semata-mata
biar ikhlas meragakannya
supaya tiada terjadinya
serigala jadian
siang memakai
malam tidak
kerana ajakan rakan
teman-teman juga pembawa segalanya
waris ajari ragakannya sejak kecil
malah masih tadika suka berbalut litup
bila sudah besar?
apa terjadi..
memanglah betul
fakta perumpamaan "meluntur buluh biar dari rebungnya"
bukan tidak disuruh,disemai sejak kecil pun ada
namun bila meningkat matangnya
makin kencang dugaannya
ada mereka
ragai labuh litup
sangat ayu raudhah bila memandang
dasar hati adakah ditutup-litup seperti diluaran
teringat zaman universiti
ada mereka
bertudung labuh alimnya mereka
pabila melihat mereka yang jahil
memakai baju bertali halus
mimik muka mula terpancar luahan menjengkelkan
hahhh..itu bagaimana pula?
teringat zaman universiti
pesani jangan dating
walau dulu aku sangat gila mengejar keseronokan dunia
cinta bodoh
tetapi
diri sendiri dating,tak mengapalah pula..
golongan sebegini
segelintir juga mungkin ada
memilih rakan
jika mereka rasakan tidak baik akhlaknya
pasti dihindari
atau mula memandang tidak suka
memang benar
berkawanlah dengan orang baik amalannya,supaya kita akan mengikutinya..
tetapi
sebenarnya kita semua sama
menegur orang lain namun perlu relakan diri orang lain menegur
bagi mereka yang belum bersedia
masih gembira meneguk keseronokan dunia
berikan masa
walau masa makin mencemburui kita
aku pula berbeza situasinya
semua terletak dalam diri
jika rela mahu silakan
tapi jika sekejap mahu sekejap tidak
lebih baik tidak payah
kerana jangan bermain dengan kewajipan
teringat masa sekolah rendah
aku langsung tidak bertudung walau sudah mahu duduki peperiksaan sekolah rendah
aku lihat yang lain-lain memakainya di sekolah
namun bila jumpa kat luar terus buka
ustazah kelas agama selalu berkata "setiap urat rambut kita ada syaitan bergayut"
kebal gila telinga masa tuh
tidak kisah cakap apapun
biar aku ada pendirian
kalau tidak mahu pakai
jangan pakai
teringat masa zaman tuition dekat Prima dulu
aku belum lagi bersedia meragainya
lihat semua tusyen mate sudah memakainya
tetapi diluar tusyen tidak pakai pun
makin lama
makin aku segan
tetapi mula aku terfikir
pendirian rela atau tidak
aku belajar memakai tudung waktu duduki peperiksaan menengah rendah
waktu itu
berkecamuk identiti
lihat orang lain pakai
tetapi aku tidak
malu pula rasa
pakai jugalah
walau sekejap pakai
sekejap tidak
sampai arwah ayah tegur "kalau nak pakai buat cara orang nak pakai"
memang menusuk qalbu
bila sampai peringkat remaja
waktu mahu duduki peperiksaan menengah
tetapi bertudung
namun gemar memakai baju bodyshape pula
terus diduga imanku
rakan sekolah turut tusyen bersamaku
mula membuka kontroversi
bagailah mereka tidak memakainya..
memakai sebegitu bukan untuk tayangan
kerana selesa
untuk membentuk kewajipan dengan sempurna
bertudung cara muslim yang betul sangat sukar
kerana waktu itu masih muda
makin ralat membuang masa
lama masa berlalu membentuk akidah
mental makin bersedia
aku pelajari meragakannya
makin lama makin selesa
makin lama makin rasa lengkap bila memperagainya..
sehingga waktu ini
insyaAllah, alhamdullillah
hidayah
sangat klishe
aku sendiri
tidak tahu
samada aku bertudung
kerana terpanggil hidayah
aku ragainya kerana
bila tidak memakainya
tidak rasa lengkap tidak selesa
agar
meragainya biar sempurna