Sunday, April 13, 2014

Baru Nak Buat Jahat

Haih
Ahad berbiru
Dok bersedia untuk program khamis ini
Namun tiada yang kalut bertangan kurita
Bila diberi peluang
Siapa tak hendak
Bukan perlu menanam tebu di bibir
Bukan perlu memahat tukul & gergaji
Gratis semu

Aku pun sama
Nakal sedikit tak mengapa
Janji jangan jahat

Amanah sedikit meleset
Namun ku fikir rezeki
Ia bukan gerangan siapa siapa

Sedang aku cuba untuk menyeludup
Aku hampir memijak serkap samar halusinasi

Nasib baik menyebelahi
Aku harap ia halimunan
Hampir
Belum nyaris

Itulah dia
Gayanya
Bermain catur tanpa tahu helahnya
Menjudikan diri seperti bermain daun terup
Naifnya aku.