Warna sebenar pakat terserlah
Nawaitu kalian
DIA memahami
Oh Tuhan
Sekiranya
Dijanjikan MU yang baik untuk orang baik
Kotakanlah ia
Walau ada rompong di mana mana
Sedang diusaha
Kami tak sempurna
Pinta kami dipertahankan
Jauhi kami dengan mereka mereka yang menyimpang jauh dari landasan
Dekatkan kami dengan mereka mereka yang taat denganMU
Melalui jalanMU
Hindari kami dengan dusta dunia
Kami akur kami tidak kuat
Kami akur sifat hawa kami adakalanya takut terjatuh tanpa sedar sedang galak terbang tinggi
Sedarkan kami sebelum terleka
Halangi kami
Sebelum ia bermula
Kami pegang pepatah orang tua
Lewatkan semua biar ia terhenti sekiranya bukan dia
Percepatkan segala sekiranya layaknya dia sudah tertulis oleh MU dijanjikan oleh MU
Terima kasih semua
Ada juga
Yang memperingati kami
Utusan dari MU
supaya kami
Melangkah tunduk ke bawah
Jaga gerak langkah
Sesekali toleh kanan kiri
Sekiranya ada yang menerpa
Kami mula khuatir
Susah membaca jiwa
Sukar menilik dari anak mata
Isi hati bagaimana
Maha mengetahui
Maha mengasihani
Pagari kami bukan salah sangka
Ya Allah
Jagalah kami.