Waktu rehat
aku cuba untuk tidak mengeluh
telefon talian aku berdering
waktu rehat pun
galak ia berdering
gaya deringan nak jawab soalan teka bunyi radio sahaja lagaknya
aku jenis layan
boleh lah cara aku
selagi aku mampu membantu
mengawal pelanggan dewasa berbeda dari kerja hakiki aku mengawal pelanggan remaja
yang dewasa macam ragam & peel
kadang-kadang menggelikan hati
kadang-kadang terlintas juga rasa membentak di hati..
Aku fikir professional
aku boleh bantu selagi mampu
telus aku fikir
membilangnya sangat kaku
hati aku tak sesuci indah water
tersentap juga
mengungkit
monolog bahasa pasar terdetik juga spontan
"aku lagi yang depa cari
awat depa ni call aku"
kalau ikut
pentingkan diri
boleh sahaja mengilat
aku ada dengar ceramah
ustaz beri perumpaan
ikhlas ini umpamanya "kita pi tandas, kita tak pernah menyesal atau teragak-agak, ia berlaku dengan sendirinya"
jadi
aku fikir
dah orang minta bantuan
aku cuba lahir menjadi telus
setelus mana aku
mengenangnya tak terlihat..