Saturday, September 25, 2010

jenayah rasa

dosakah
jenayah pada rasa
apa kata pada dunia
bukan mahu memiliki
hanya
kerana wataknya
bukan pada rupa
usia mahupun apa yang dia ada

walau
tahu
ia bercanggah tatasusila
terang-terangan
skandalisme itu apa
dikecam dunia komuniti keluarga
hanya tatapan mata
pasang pada pedoman
jangan mula
kerana bila
punyai
permulaan
pasti ia akan berbunga
pasti akhiri
akan penuh luka
kerana
dia bukan bintang dilangit tertulis untuk kita
hanya
kerana menyerlah dari semua dikalangan mereka


biarlah terus mencuit hati
perlu pasang pada nurani
bukan pelengkap kita
hanya dugaan sebelum lahiriah nafsu-nafsi merdeka