perangkap lagi
kenapa mahu pasang perangkap lagi buat kali ini
nasib ada rakan lain menyampai cerita
buruk kah aku,
adakah aku ini membencikan kamu
adakah aku bukan kamu rasa tertindas
adakah kamu tidak sedari
kamu buat aku rasa makin kurang rasa hormat pada dirimu
tahukah kamu
sebenarnya tidak cerdik
walau usiamu buruhanmu telah lebih setahun jagung malah mungkin sudah sesuku dekad
tapi kamu kosong
rugi kamu
tidak seperti aku
malas mungkin mendaki menara umpama gading
tidak pernah bersua
intelektual tidak terbuka
pemikiran kamu boleh dikatakan kolot
tetapi megah seperti ayam serama bertelur gempita sekampung
itulah kamu..
aku sudah lama memendam rasa
aku tidak tahu
aku marah,benci
cuma aku sakit hati
tuli bagi aku
sekiranya
ada si polan-polan yang cuba menyingkir aku
adil bagi aku sekiranya aku culas
butakah kamu
aku buruhi diri ini
untuk kerahi hasil rezekiku
butakah kamu
setiap hari
perahan mindaku
memenuhi tugasku
adakah kamu rasa
cukup sahaja setengah purnama
aku berkhidmat
tidak perlu aku lagi
suluh diri
kamu itu siapa
skala gred kita berbeza
kelayakan apatah lagi jauh berbeza
hanya kerana kamu
lama tapi tidak bernilai
hanya cakap kosong
yang membingitkan telinga
sedarkah kamu?
mungkin kamu tidak suka aku berada bersama
aku ada bukan untuk kamu
untuk kelakku
aku percaya
pada hukum karma
walau
ia lewat akan kamu rasa
patut malu pada diri
suluh diri
aku bukan ancaman bagi siapa-siapa
hanya untuk
perjalanan masa depanku
selagi Pencipta kita izini
dimana Dia susun langkahku akan aku jejaki
cuma jangan lagi pasang perangkap acap kali
kerana aku ini
membencikan