Friday, July 02, 2010

aku bukan tuli

Tertekan
mungkin juga hati aku makin rekah
lelah dengan leteran
tertekan
mungkin aku
terlebih terasa
aku usaha punya juga kelemahan
seperti juga kamu
sekurang-kurang aku akui kelemahan aku
aku berdiam diri sahaja
itu jalannya
tetapi kamu
tidak mahu
mahu sahaja ikut keras mu
perlu juga berubah seperti kamu mahu aku berubah

walaubagaimana..
jika aku katakan..
adakah kamu tidak suka aku seangkatan dengan mu?
adakah kamu tidak suka aku bersama mu 5 hari seminggu?
adakah kamu rasa aku bebani kamu?
adakah kamu rasa aku kerahi tenaga mu?
adakah kamu tidak ikhlas dengan aku?
mungkin juga
kamu terasa terkongkong aku ada dan ramai kenali aku dan kamu?

aku punya hati
aku bukan tuli
sabar ku ada tahapnya
aku punya nafas seperti kamu
aku punya hati juga seperti kamu
darah ku semerah warna kamu
cuma aku tidak serekah kamu..
perlu sedari

tapi adakah disebabkan hati aku tidak serekah mudah
kamu mudah berkata apa-apa
aku hijau
aku baru merasai hirupan diburuhi

kenapa kamu letak aku seperti aku sudah lama seperti kamu?
kamu harapkan aku jadi apa?
kamu harapkan aku jadi seperti kamu?
kamu mahu aku sebaik mana?
kamu mahu aku sesempurna kamu?
kamu mahu aku disukai semua langkah yang mana?
kamu mahu aku tahu semua seperti siapa?
seperti kamu?
aku dan kamu
lain
berbeza
aku adalah aku
kamu adalah kamu
aku tidak boleh jadi orang lain
aku bukan lalang
aku boleh menjadi duri jika kamu mahu?
tetapi aku bukan seperti itu
aku masih hormati kamu
aku bantu kamu sedaya mana
cuba kamu faham..
cuba kamu senarai apa tugas yang aku lakukan
dan cuba kamu senarai apa tugas yang kamu lakukan..

kamu hanya lakukan 1 tugas sahaja dimana itu terletaknya kelemahan aku
aku tidak seberani kamu
tetapi aku akan sahut cabaran itu
kerana aku bukan tuli
aku punya hati


beralih pada aku pula...
aku lakukan kekerapan lebih dari 1 tugas bukan seperti kamu
adakah kamu sedar?
itu kelemahan kamu
lahiriah kamu sempurna
tetapi mentaliti kamu kosong dengan ilmu itu
ilmu yang kita hawa tampak sempurna
sejuk dihati tunjangmu dan aku..

kenapa kamu tidak terdetik kekurangan mu
kenapa setiap tika aku cuba beritahu
kamu cuba mencari kesalahan aku

kenapa aku berdiam diri
kamu cuba berlebih-lebihan
berkhutbah
seperti kamu sempurna segalanya
seperti kamu arkib islamiah dan demo segalanya

perlu juga cermin diri
jangan hanya pandai berkata-kata
tetapi praktikalisme campak ke mana?
mahu sahaja aku rakus berbalas kata
tetapi aku sedar
aku boleh melukakan hati siapa-siapa
aku tahu dia tidak sekebal aku bila terkena percikan amarah
mungkin jalan buat masa terdekat ini
aku tulikan telinga

tetapi
jika kamu masih berlebih-lebihan berbalas kata
aku mahu berbicara
seperti orang-orang dewasa
biar disitu baru aku tahu
jangan kamu cuba sorok kan apa-apa dari aku
kerana pada tika itu
aku akan persoal pelbagai tanda tanya
hingga aku tahu apa yang menyenangkan kamu..

akan aku tunggu saat itu
kerana
aku bukan tuli