"Langit-langit renungi aku lihat
kerlipan bintang tersenyum bebas
udara nyaman lagi segar
aku tahu, Allah sedang melihat
adakala sedih
adakala pedih
tapi siapa yang tahu?
bukan kamu,mahupun siapa-siapa bijaksana
adakala masa luka
adakala masa kecewa
siapa peduli?
bukan kamu, bukan siapa pun mahu tahu
hari demi hari
aku hadapi rintangan
hari demi hari
aku tentangi drastik
dan..
hari demi hari
aku cari kekuatan
hari demi hari
aku cari dorongan muktamad
akirnya
guruh perlahan menjadi gerimis
ombak beransur beralun
kamu tahu kenapa?
kerana DIA sedang memerhatikan aku