Friday, April 30, 2010

mungkin tidak mencukupi

Mood masih stabil, sejuk pandangan mata melihat dan merasa..

Pagi yang cerah, dihiburkan dengan kicau-kicauan burung-burung serta suluhan mentari kurniaan Tuhan dengan bau-bauan rumput-rumput segar.



Kemarahan sekilat muncul..

Oleh kerana sensitiviti atau apa?

Aku

Pantang

melihat manusia yang hanya tahu lelah sendiri

tapi tidak mahu menyelami lelah manusia lain.



Tidak kah kamu sedar?

Kita sebumbung, sedarah dan saudara.

Tidak kah kamu tahu situasi kami ini?





Akur...



Lahiriah kamu sempurna

Kewajipanmu sebagai umatNya terserlah



Namamu indah..



Namun,



Tunjukkan sikapmu kepada aku dan kalian

seperti maksud indah nama yang diberi

biar ia mencermin dirimu





Lagakmu acapkali melukakan

Adakah kamu sedar



Teguran

adalah musuhmu

bila disiram dengan teguran

layu

angkuh mahu meneguk siraman

walaupun setitis cuma

kamu lagak meneguk



Seringkali

Kamu tidak sedar

Kamu percaya pada dosa dan pahala



tetapi

adakah kamu sedar apa yang kamu lakukan dan lisankan

hati tunjangmu wahai kamu dikalangan tunas

tunjangmu terguris

adakah kamu sedar?





Aku muda darimu

Adabku terjejas kerana aku mahu kamu tahu

Yang kamu perlu berubah





Aku juga tidak sempurna..

Aku pemarah

Cuba bertapa menyangkul kesabaran seperti arwah bapaku

Aku sedang mencuba



Kenapakah kemarahan ini timbul?






Mungkin

belum cukup bermeditasi,

Mungkin

minda belum cukup tenang

Mungkin

meletakkan harapan tinggi kepada situasi

Dan

Mungkin

Tahap spiritual mengingatiMu tidak mencukupi.