Wednesday, April 28, 2010

monolog

Biasanya:
Bila kita berbuat baik, ada yang cuba ambil kesempatan. Bila kita buat jahat, secepat kilat datangnya umpat-umpatan.

Sangkaan?
Buruk sangka itu dosa
Tetapi sekiranya tepat syak-wasangka kita kepada seseorang yang memang mempunyai niat yang jahat adakah ia dikira salah?

Berhati-hati..
Itu amat penting

Dari mana datangnya berhati-hati kalau tidak dari bersangka baik atau buruk terhadap seseorang itu.

PALING SAYA BENCI
Manusia yang suka menjaga tepi kain orang lain.
Seperti kamu tiada keluarga?
Seperti kamu tiada anak yang sedang membesar?
Seperti kamu cukup segalanya dunia dan akhirat?

PALING SAYA BOSAN
Sarat dengan lisan nasihat tetapi adakah mudah bagi kamu
Berada di tempat kami ini?
Jalan terbaik kamu adalah diam


PALING DIHINDARI
Manusia yang suka merintih simpati
Tidak sakit dikatakan sakit
Untuk apa?
Belas ihsan?


Konklusinya, monolog dalaman tentang niat seseorang terhadap kita sering berlegar-legar tanpa sebarang jawapan. Biarlah, datang dengan kebaikan kerana setiap kebaikan dibalas dengan kebaikan..

Tetapi saya belum punyai mulianya sifat seperti golongan mereka itu pabila kejahatan, mereka balas dengan kebaikan. Seribu dalam satu manusia belum tentu lagi ada manusia yang sebegitu mulia.

Hipokrasi
Untuk menjaga hati dan nama
Dasar hati hanya Dia sahaja yang tahu

Jernihkan semua untuk menjaga hati dan nama..

Kini, yang pasti..
Perlu pasang penggerak hati
Tika adanya diberi betis kehendak paha pula.

Niat
Tuhan sahaja yang tahu..

Ikhlas
Umpama semut hitam
Terlalu kecil
Tidak jelas dipandangan mata kasar

Kepentingan diri
Jangan sesekali berbuat baik, bermulut manis hanya untuk ganjaran
Kerana
Tiada apa pun
Kelebihan yang akan dapat.