Wednesday, December 10, 2008

kali pertama memegang stereng

kelmarin bertarikh 16hb januari adalah hari saya kelas praktikal selama enam jam di Institut Ilmu Baru
kelas bermula seawal 8.00 am sehingga 6.30 p.m
pada sesi petang, saya di ajar membawa kereta kancil merah dengan bantuan tenaga pengajar di sana yang saya panggil cikgu. nasib baik lah cikgu memandu saya tidak garang, sepanjang tiga jam kelas praktikal, dia asyik ketawa kecil sahaja melihat telatah saya.
saya di ajar pusing-pusing litar di sana dan belajar cara kawal clutch yang begitu dalam tempatnya, saya ni dahla kurang ketinggian huhu..sukar saya nak tolak clutch sampai habis.
tapi yang pasti pengalaman yang menyeronokkan walaupun pada pusingan yang pertama dan kedua saya asyik hampir jatuh lopak sahaja, tiba-tiba enjin te berhenti.
apabila pusingan yang kelima barulah saya membawa memandu kereta di bawah kawalan yang agak stabil.
nanti saya akan mengikut kelas memandu selama 8jam pula
bersambung..