Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Memoir Bukan Memori


Ini bukan tulisan aku
aku selitkan kerana ia sedikit menimpas ke pipi
sedikit
air mata sudah kering
aku tabah
aku tidak terluka lagi
aku kebal
kau muncul untuk apa
tampil tanpa menyapa
sudahlah
luka lama
ia sudah kebah 
dimakan masa
sudahlah
tak perlu
menyuburkan kembali
ku akur Allah maha kaya
sekira kau adalah calon imamku yang tertulis di lauhul mahfudz
aku mengalah
namun
di kala ini
aku usir 
menyegarkan kembali
memori
anggap ia memoir mendewasa kita

kerana :


"Berdiri di sebalik awam hitam yang berkepulan Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkanHanya wajah yang selalu ada di ruang mata iniYang sudah terlalu jemu dari pandanganSudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamuMenggantikan dengan awan putih yang memutihBila aku sudah tiada baru kau kan merasaiBagaimana oh rasanya kehilanganAduh sayang aduh kasihAku dah bosan dengan caramuAduh usah aduh engkauCuba kembali pada dirikuKerna aku dah tahuApa yang kau lakukanKerna aku tahuKita tak sehaluanWalaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamuNamun harus ku cuba ‘tuk melupakan diaTangani semua ini dengan akal fikirankuBiar engkau kan tahu ku tak cintamu"





Thursday, May 29, 2014

Tirai Berlabuh

Kerja lama aku dah selesai
selamat datang kerja baru
portfolio baru
walau kau datang dalam debar
umpama jatuh cinta pertama

aku mula adaptasi dengan kerja baru
ada suara sumbang cuba ganggu aku
aku tak harap orang bagi galakan aku
tapi
tolong hormat ruang masing masing

ketepikan cerita itu
bila dia dah penat
ternyata dia akan berhenti
kita ni adalah masalah untuk bersaing cara sihat
padahal bukan aku yang hendak
semua ini

macam tak percaya kami akan ke KL
atas urusan salasilah keluarga
cuma kali ini
tiada masak-masak
tidak seperti semasa arwah ibuku ada dahulu
bawa body ngan baju sahaja
haha
sekian ",)

Saturday, May 24, 2014

Ingin Tahu Muncul Kembali

ini lanjutan Ingin Tahu
sekiranya berminat, sila rujuk url di atas
Sedang aku leka memblogging blog aku yang kaku untuk mengadu
terbit mesej dalam whatsapp 
bahasakan diri nama Aini
perempuan nyata
gambar pun perempuan
pelik
aku anggap pelik
sepelik aku tak bahaya
dia 
belum aku kenal pasti
aku tak kisah berkawan dengan siapa pun
telah pula
aplikasi berikut percuma
aku serius tak kisah
namun kau mesej aku dulu
lepas kau jawab sepatah sepatah
aku pula yang ligat berbalas pantun
apakah ini?
tak mengapa
aku tak kisah
sekian

Monday, May 19, 2014

Sisi Gelap

Salah faktor umur terjebak sindrom mengadili orang
Biarlah
Otak mudah aku menepikan perbualan
Dah tahu tak betul
Buat apa ikut
Aku semudah itu

Semua orang ada sisi gelap
muka cerah pasti ada noda hitam
jangan tipulah kalau tiada
bintik putih pun pasti menjelma

Agak tak selesa
Oles sahaja bedak tanaka

Semua orang ada sisi gelap
cuma ketara atau tidak

Semua orang ada sisi gelap
Antara mengaku atau tidak

Aku sekarang berhadapan dengan orang yang baik baik
Kita digalakan berkawan dengan orang yang baik baik supaya kita jadi baik 
Betul

Tapi

Salah
Kita menyoal orang yang jahat atas kejahatan mereka
Jangan cepat jatuh hukum
Kita bukan hakim

Hakim sendiri pun ada sisi gelap

Kita tiada hak nak figuring keburukan orang
Dia kaki kelab
Berhenti sebar cerita dia buat dosa
itu aib

sekiranya tak suka
jauhi
dan 
diam
dosa pun tak dapat

Aku teringat adegan makcik mandi jenazah arwah ibuku
Aku kagum cara beliau menjaga percakapan
Aku terasa sedikit lucu dalam kesedihan
Gerak badan beliau
Mimik muka beliau
Menahan diri untuk bercakap perkara sia sia
Memang aku rasa kelakar
Namun dari sudut lain
Beliau sedang menjaga percakapan
Aku salute makcik berikut
Gila lah aku tak pernah jumpa 
Mak mak sebaya berikut tak mengumpat orang

Sebabnya
semua orang ada kekurangan setelah Allah beri sedikit kesempurnaan sebagai pinjaman.
kesempurnaan yang dipinjamkan bukan untuk dibuat ukuran.

Sekian

Saturday, May 10, 2014

Curah Pendapat


Salam Sabtu
rutin aku 3 bulan sekali

aku terbit dalam blog sahaja
tiada insta
kerana mereka bukan orang orang kayu di bendang
banyak klafikasi
banyak simpulan
aku benci

ia tak separah mana
cuma mengajar aku disiplin dengan diri sendiri
buat aku banyak meminta padaNYA

bidalan kifarah
jangan rasa
teraniaya
jangan rasa
dibelenggu kesusahan

sambutlah ia dengan selesa
positif kan diri
tiada apa yang merana
jiwa perlu nyaman
bertahan dengan iman

sketsa pagi tadi
aku baru berkesempatan memaklumkan kepada Dr. merawatku & arwah ibuku tentang ketiadaan arwahmarhumah beliau aku cinta
seperti biasa riaksi pasti tersentak tak sangka
dia melihat aku
aku tahu apa yang dia fikirkan
ada sedikit persoalan biasa soalan biasa kerap ditanyakan bagi mereka yang cuba ambil tahu
aku akur
simpati aku terima
belas perasaan lumrah setiap manuasia yang ada sikap empati dalam dirinya

namun tak mengapa
aku walau bertubuh kecil aku kuat
aku memandang tenang
aku sudah redha
kerana mati itu pasti

kerapkali
aku kurang enak

melihat membaca
suapan berita rakan laman sosial aku seolah olah meruntun
aku benci drama
tak perlu pekik pada orang
tak perlu siar pada semua
canang untuk apa
memohon perhatian orang supaya mereka prihatin
itu kerja nista

tak kurang juga
kerapkali aku mual

tersisip suapan galak mereka
mungkin fantasia bulan madu barangkali
aku dulu pun pernah juga rasai
tapi tidaklah separah itu
semuanya drama
aku benci drama

mahu sahaja aku klik pautan unfriend
ada yang secara spontan nya aku berbuat demikian
kerana aku rimas
sebelum aku tambah dosa
mengkritik dia
tapi tidak sampai hingga menerjah pautan block
aku waras.

sesi curah pendapat bukan rasa
tak perlu begitu sadis sedikit sinis menyisip cerita
kerana ianya sia sia

fokus aku
dulu masa aku banyak terluang kepada orang tua arwah ibuku
dari segenap sudut aku dahulukan beliau
usaha aku harap arwah bahagia
jasanya banyak
tak mungkin aku dapat balas semua
hanya bacaan Al Fatihah hadiah pengiring aku tak lekang di minda
sedaya mampu
moga sampai kepada arwah di alam sana
insyaallah

kini
tinggal aku berjuang
aku gabungkan keluarga kecil kami berlima & kerjaya no. 1
keduanya walau belum pasti.








Jodoh : Surah Yusuf ayat 4 serta Surah Taha ayat 39 menjadi makanan aku sebagai doa tanda aku pinta namun usaha sudah pasti bukan yang memulakan dahulu kerana aku bukan Siti Khadijah.
[sila klik pautan berikut, sekiranya berminat : http://shafiqolbu.wordpress.com/2014/02/13/keistimewaan-dan-manfaat-dua-ayat-surah-yusuf-dan-taha/]

Pendinding diri kami berlima : Doa Nabi Yunus iaitu Surah Al-Anbiya' ayat 87 menjadi peneman kami dari segala ancaman bahaya pelindung keselamatan.
[sila klik pautan berikut, sekinya berminat : http://kumpulan-doa-mustajab.blogspot.com/2012/09/doa-nabi-yunus-dalam-perut-ikan-paus.html#.U22zVPmSx1U]


bagaimana aku mahu berusaha berkaitan jodohku? makcik aku kata biar ramai kawan. rakan sepejabat ramailah namun semua sudah berumah tangga yang solo pun muda muda. Dari medium lain misalnya secara maya, bahaya. Cara yang terbaik paling ampuh untuk diamalkan adalah doa sebagai medium aku berusaha soal jodoh aku. Aku tak mengaku aku baik namun boleh di kategori sebagai baik walau ada celanya kerana aku percaya "Orang Baik Untuk Orang Baik"

soal keselamatan, kami berlima kami kuat walau kami perempuan namun sebesi mana kami pun sekiranya tiada pertahanan dari Tuhan siapalah kami. Medium aku berusaha paling ampuh untuk diamalkan adalah doa.


berbekalkan doa umpama berusaha kerana


celoteh sekian.








Thursday, May 08, 2014

Tertunda atau Terbatal

Esok cuti
hujan pulak tu
mengeliat panjang kemalasan umpama singa laut

aku letak tepi seketika sketsa drama kantor kayak bicara indonesia
bohsan
ngacium sana
ngacium sini
biarlah
nanti cepat tua banyak terpekung dalam dada
biar kejadian berlalu pergi tadi terus lenyap keluar dalam kepala otak aku
aku pun tak faham tapi tak mengapa

semalam sebelum aku tidur
aku pernah terfikir
ada doa aku minta
tak termakbul
memang tidak akan termakbul
perkataan belum sudah tidak wujud lagi
aku pernah berdoa
panjang umur arwah ibu ku sehingga lihat aku berumah tangga
arwah ibuku umurrnya tidak panjang
memang tak sempat pun
aku terima dengan terbuka

ada orang cakap sesetengah doa ditangguhkan dahulu bukan tidak dimakbulkan
wallahualam.

Saturday, May 03, 2014

Memahat Sabar

Gejolak perasaan
aku singkir ia dendam
namun ia mendalam dalam lubuk hati
minta ku simpang memaki hamun
kerana kalian bukan lawan aku mahu musuh ku
kalian rakan seagamaku

Gejolak perasaan
sekali ia mencengkam
terleka untuk berpaut
sikit sikit memamah amarah meluap terpicis
walau ia tidak sampai ke langit
namun bisa nya pasti ada dirasai

Sabar
perkataan mulia
murni sekali didengari
bila diamati
setabah mana ada nya?

Kepada yang menanggung
sabar umpama satu pedoman
usaha
tawakal padaNYA
diselitkan lagi dengan hiasan manik sabar

sekali gejolak perasaan merah menggelodak
perkataan sabar dilontarkan
umpama membias api marak amarah

aku khuatir
aku percaya
ia mainan
kalian yang suka
menimbulkan sengketa
pinta aku
Pencipta kita
kalian berputus asa
kerana kalian bukan lawanku mahu musuhku
kalian rakan seagamaku
apatah lagi
kalian makan garam lama mungkin tidak selama zaman makan ubi kayu
hormati aku kepada kalian tetap ada

aku cuba memahat sabar
aku cuba menyingkir amarah mendaki di benak hati aku yang tidak sempurna
memahat
dan
terus memahat
sabar umpama manik menghiasi dugaan yang DIA sediakan untuk kami laluan kami untuk menerima rahmatNYA
adakah ini kifarah?
mengharungi halangan seiring sabar biar buat jadi mudah.

Tuesday, April 15, 2014

inchek mimpi

Sejak 2 menjak ini makin galak aku geledah laman awang seorang ini
Aku jumpa laman lain ada muka dia lagi
Membentak di fikiran sekiranya dimakbulkan mahu bersua dengan mata kepala aku sendiri
Jangka memang dia tak kenal aku
Dalam laman sosial pun pernah ku cuba
Tiada respon
Entah
Pelik keinginan ini
Meronta ronta mahu melihat dengan mata kasar
Serius. Aku tak tipu.

Thursday, April 03, 2014

Ombak Besar

31/3/2014 9.40 p.m. ujian paling besar aku terpaksa tempuh
Pada waktu siangnya giliran aku menjaga ibuku di hospital setelah beliau keluar dari unit rawatan rapi
Kelihatan ibuku demam pada hari itu
Sedaya upaya ikhtiarku
Mendemah kain basah
Mengusap dahi
Ibuku yang panas
Setelah ubat demam diberi
Masa aku rasakan singkat
Waktu petang aku pulang
Bersilih giliran dengan kakak keduaku
Menjaga ibuku di waktu malam
Pada malam itu juga arwah ibuku menghembus nafasnya buat kali terakhir
Terkejut
Tak percaya
Satu peristiwa yang harus aku lalui
1/4/2014 11.30 pagi
Arwah ibuku tercinta selamat disemadikan
Ummi Hajjah Zarinah Che Asiah
Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dengan orang orang yang beriman...
Amin Ya Robbalalamin.

Sunday, March 23, 2014

Penatku Terbalas

Hari kedua orang paling penting dalam hidup di Unit Rawatan Rapi
Allah jaga dia serapinya
Walau jahilnya aku doaku kurang rapi
Ku mohon sedaya upaya memohon rapi pintaku
Ibuku kembali sihat seperti sediakala
Alhamdulillah
Penatku terbalas
Saat aku tunggu
Ibuku sudah ada tindak balas
Doaku termakbul
Walau masih menginap di ruang itu
Penatku terbalas
Ada perkembangan positif

Namun
Memang aku tak mampu
Luluh hati ini
Bila sua muka di bucu pintu
Sapaan salamku
Tiada jawapan
Terkesan di hati
Berat aku harungi
Aku lagak kuat
Adik beradik lain juga perlu kuat
Kami kuat
DIA pilih kami menghujani ujian dunia
Aku percaya hikmah
Aku muhasabah diri
Aku dahagakan kata-kata positif
Aku muak dengan ayat meruntun kalbu
Aku bukan sorong beg lagak penyanyi akademi fantasia
Aku sedang berusaha & tawakal
Allah pengaturnya
Tak perlu kata-kata
Aku dahagakan DOA
Bermonolog bahasa Tuhan untuk ibuku
Itu sahaja
Aku pinta.

Tuesday, March 11, 2014

Hikmah Yang Belum Selesai


Masuk hari ke empat
pesawat MH370 hilang
aku tulis entry bermula hari ke empat oleh kerana aku anak ke empat barangkali

gara gara ini
setiap jam aku mesti tengok berita astro Awani
aku jadi pencinta berita
ingin tahu berita dari masa ke semasa
selain
carian
dalam aplikasi maya

dekat pejabat pun
jadi topik hangat

aku tak tahu sekiranya ada yang tak ambil peduli
mungkin mereka
kurang deria empathy

sekiranya tiada
buang usaha
bina spekulasi

diam sahaja
lagi mulia dari dapat dosa

misteri memang misteri
teknologi belum mampu dijumpai

Pasti ada hikmah
walau yang misteri
DIA pasti tahu kenapa

Terus berdoa walau aku bukan waris mereka
semoga misi pencarian dipermudahkan oleh NYA

namun aku percaya

Yang belum selesai itu begerak perlahan pasti ada hikmahnya..


Wednesday, March 05, 2014

Aku Tak Layan Pas Baton


Rakan sekerja aku nak bernikah tak lama lagi
tahniah buat dia
jodoh katanya
staff senior duduk sebilik dengan aku pun "cegheta ceghetet" nostalgia masa sebelum nak kahwin dengan suaminya..
aku pun terheret mendengaq..
kesimpulan cerita kalau dah jodoh tu cepat saja
itu ayat dia.

Betul juga ayat staff senior tu
Aku hormat

Jiwa bakal pengantin memang bercelaru
cuma tidak segalau aku
iyalah
aku tak tahu apa yang beliau fikir
sebab aku belum rasa lagi

tapi itu bukan pokok isihati cerita aku ini

ceritanya

memanglah terang lagi bersuluh
rakan sejawat sebilik sebaya aku nak menamatkan zaman bujang nya
lumrah

tapi

ada juga yang nak sumpit aku
nak juga bagi aku rasa tempias

kenapa tak jampi sahaja aku
supaya murah jodoh

gigih bertanya

rimasnya

kenapa perlu nak pas baton hal kenduri kendara terhadap aku
suka suka nak kaitkan aku

haihh

tak suka betul

mungkin mereka bertanya galak berjenaka
aku ada magik
nak ja aku zip mulut

sabar sahaja

pertanyaan dijawab
"entah tak tahu bila"
seraya
senyumku meleret
antara fake
atau ikhlas.


Wednesday, January 29, 2014

envy go away~


aku dikelilingi mereka

cemburu
rivalisasi terhandal
biar bersaing cara sihat

cemburu
bersahut sahutan
kejurian
perkara remeh
kau buat bagi gempak
banduan kebingungan

masih hijau
apa nak hirau
semua buat salah

aku tidak mengaku
tiada perasaan itu
ada
berpeluh di hidung
bukan kriterianya
cuma
perasaan itu lumrah manusia

cuma
cara kawalan
biar terkawal
jangan perasaan itu yang mengawali
kerana seribu satu sebab indikasi akan berlaku
berlaku
siapa tahu

terkesan
mangsa envy

karut ramai
kebenaran sekadar picisan

walau susah untuk menegakkan benang yang basah
benang-benang kesalahan itu paling tampak
berbanding
gajah gagah bermuka tidak bersalah.


Monday, January 27, 2014

Persis Kamu


Hari ini hari Isnin
Lambatnya encik khamis menjelma
supaya aku berlari kijang
tapi
mampu
lari dalam guni
kunjungan mu umpama siput

sabaq dan sabaq

kembali bersemangat
macam belakang badan kena pasang bateri duracel
macam lepas minum redbull

persis kamu berehat panjang sofa pejabat aku
nah
itu bukan
sebab persis kamu berambut pendek
memang bukan

Persis kamu yang kedua dari empat
Rajinnya aku
Dari mata garfield
terus
mata bersinar  puss in butt

Segar bugar..

Sibuknya aku lalu lalang
sedar tak?
Pastikan dia atau bukan
akhir setelah dikaji
bukan
hanya persis sahaja

Tak mengapa

sekurang-kurangnya dapat juga aku cuci mata
menyilaukan sedikit sisa baki waktu yang aku rasakan lama.

Tuesday, April 27, 2010

bukan pengganti siapa-siapa

Kurniaan Esa ciptakan tunjangku dan lahirnya aku sebagai tunasmu.

Namun..

Tunjangku,

Kau perlu tahu yang aku bukan pengganti siapa-siapa.

Aku bukan pengganti penemanmu yang sudah tiada..

Aku tunasmu

Punyai..

Cita-cita

Cuma..

Aku tunasmu,

Hanya memenuhi tanggungjawabku didunia

Ku ulangi sekali lagi..



Hanya memenuhi tanggungjawab sebagai tunasmu didunia

Selagi aku ada

Selagi aku berada dekat padamu

Wahai tunjangku



Kelakku penuh teka-teki

Aku sendiri tidak dapat meneka

Hanya mampu

Aku berdoa

Usaha

Dan akhirnya tawakal kepada NYA



Aku tidak pernah lelah mengumpan cita-citaku

Tunasmu ini

Namun..

Ku dahagakan doa mu..



Sirami umpananku, usahaku, tawakalku dengan hujanan doamu..

Wahai tunjangku.



Kehilangan itu pasti

Sekali ia datang..

Tidak sesiapa pun yang akan dapat menidakkannya

Tidak perlu lagi merintih kesedihan

Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri..


Hikmah datang dari dugaan

Dugaan NYA kepada umatnya yang layak sahaja yang akan menerimanya

Dugaan pula umpama pintu hidayah yang teristimewa

Ia datang pelbagai rupa

Tanpa kita sedari..

Kesusahan, Kesedihan, Kehilangan dan Kesakitan adalah izinan dugaan dari Tuhan

Dari situ dugaanNYA

Terbitlah..

Hidayah

Ia adalah pintu teristimewa

Tidak semua akan merasainya

Hanya insan yang terpilih sahaja yang akan merasa

limpahan rahmat dariNYA

Seperti kita

Tunjang ku, tunasmu..

walaupun aku tahu..

Aku belum layak dipanggil antara mereka yang mulia disisi NYA








Sunday, February 21, 2010

sekadar sisipan

kita malu berdepan dgn pihak yg penyabar berdiam. kita malu dgn sikap kita yg selalu terperangkap dgn emosi sendiri sampaikan emosi itu meletuskan sesuatu perkara yg tdk di ingini dan di tangisi.

tetapi..
adakah pihak bertentangan malu dgn kita dgn kekurangan yg sedia ada.
walhal kita ada kelebihan itu, walaupun kita sendiri tidak tahu adakah kelebihan yg ada sudah cukup atau perlu di tokok tambah untuk kesempurnaan bekalan kita ke dunia nyata yg kekal selamanya.

namun..
adakah pihak yg kurang itu faham benar apa yg cuba kita tentangkan hingga mengguris hati dan jiwa pihak berkenaan.

adakah pihak yg cuba memperbetulkan kekurangan itu berbaloi hasilnya dgn apa yg terjadi, setelah apa yg di tangisi dengan perangkap emosi sendiri.

adakah pihak yg punyai kekurangan itu akan belajar memahami sinisnya pembetulan penambahan apa yg cuba di perbetulkan.

ataupun..

adakah pihak yg punyai kekurangan itu akan menyalahi pihak yg cuba perbetulkan keadaan kerana hanya beranggapan tidak memahami punyai diri.

namun..
adakah pihak yg cuba perbetulkan keadaan bertindak diluar batasan. di sebabkan pihak yg punyai kekurangan itu penyabar dan berdiam seperti begitu tabah nya punyai diri tanpa terperangkap dgn emosi diri.

ataupun..
adakah..

pihak yg punyai kekurangan itu terus hanyut..

dengan..
lontaran sinis hampir meremuk hati punyai diri

tanpa perubahan..

ataupun..
pihak yg punyai diri akan sedar dari kesoronokan duniawi yg pasti tidak kekal selamanya

dengan itu..

layak lah jikalau..

"kdgkala kita cuba utk perbetulkan yg kurang..tapi adakah yg kurang akan bertambah atau sebaliknya pembetulan hanya kurang dan tdk langsung akan bertambah,melainkan DIA membuka jalan kurang bertambah menjadi senang"

kesimpulan..
kita tdk dpt merubah pihak mana-mana pun..
melainkan hanya ESA sahaja yang membuka jalan dan pentunjuk hidayah yg mampu membuat kita berasa betapa agungnya DIA di mata kita yg serba kerdil ini.

Thursday, October 01, 2009

redha walaupun kehilangan direntap nyawa

pada 30 ramadhan bersamaan 19/09/2009 jam 6.00pm kehilangan lagi buat kali kedua
ia amat memeranjatkan kami sekeluarga iaitu arwah haji osman kamil bin lope othman iaitu ayah saya pergi buat selama-lamanya

pada waktu pagi itu,kami sekeluarga langsung tidak nampak tanda-tanda yang arwah akan pergi buat selama-lamanya
apatah lagi dalam jangkaan 100 hari kami langsung tidak mengesan tanda-tanda arwah akan turut mengikut arwah makcik saya juga

kami sekeluarga bersama arwah ayah saya sempat menziarahi pusara tok dan tokwan saya di sungai petani serta pusara arwah makcik saya di tmn uda
kami sempat bersembang sepanjang perjalanan pulang ke rumah seperti biasa tanpa kelihatan yang arwah akan meninggalkan kami

arwah sempat menyapa mama saya di dapur,kerana makcik saya dari putrajaya datang untuk beraya bersama

pada saat itu, arwah sedang mengangkat jemuran di luar.
saya,mama dan kembar saya sedang sibuk menolong mama saya di dapur untuk persiapan bebuka puasa serta merebus ketupat pada waktu itu

ketika saya mahu membuka pintu belakang dapur, saya terkejut melihat ayah saya rebah di luar sambil menahan kesakitan
kami serta keluarga makcik saya terus menerpa keluar melihat keadaan ayah saya yang sudah rebah ke lantai
arwah kelihatan diam pada waktu itu,pakcik saya sempat mengajar arwah mengucap sebelum dia pergi buat selama-lamanya

saya tidak percaya
begitu pantasnya arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga

kami lima adik-beradik serta mama bersekempatan memandikan jenazah arwah dengan rujukan dua orang pengurus jenazah

kami adik-beradik berkesempatan mengucup pipi arwah dan melihat mukanya yang tenang seperti tidur nyenyak buat kali terakhir
arwah dikebumikan pada malam raya tika takbir raya berkumandang

sayu dan sedih meratapi dengan penuh ketenangan
kami redha dengan ujian NYA
DIA tahu apa yang terbaik untuk umatNYA
hanya surah al-fatihah dan surah al-ikhlas menjadi makanan arwah haji osman kamil bin lope othman
semoga rohnya di cucuri rahmat
amin

Sunday, September 06, 2009

hormati apa milik NYA

tarikh 31/08/2009 jam 5.40 p.m 10 ramadhan
tanpa di diduga dugaan NYA mengambil orang yang saya sayangi tinggal bersama NYA dan meninggalkan saya dan keluarga buat selama-lamanya

masa terlalu pantas
arwahyarhamah hajah fatimah ridzwan,saya lebih senang memanggil caca kami sayangi sejak saya dan adik-beradik kami kecil lagi
dia mengasuh kami sejak dari kecil ketika mama saya berkerja dan ayah saya bertugas jauh di perak sebelum mereka bersara swasta dahulu

pemergian tanpa di duga
kali terakhir arwah menghembuskan nafas nya, ketika saya memangkunya dari belakang ketika saya dan mama saya sedang menyapu minyak angin di belakang badan nya kerana pada tika itu, arwah mengadu penat
saya cuba untuk menolong arwah meredakan penat dengan
memicit bahu dan belakang badan arwah
lantas arwah sendawa
saya ingatkan ia hanya sendawa biasa
rupa-rupanya
itulah
nafas terakhir arwahyarhamah

siapa jangka begitu cepat arwah pergi meninggalkan kami
saya redha dengan ketentuan Ilahi walaupun dalam sudut hati saya tetap sedih terasa kehilangan yang teramat sangat
arwah takkan luput dalam ingatan dan sentiasa menjadi memori kami semua

kami adik beradik serta adik-adik perempuan termasuk mama saya tidak ketinggalan memandikan jenazah arwah buat kali terakhir

masa mengkafankan arwah jenazah,itulah kali terakhir saya lihat muka arwah yang tenang tidur buat selamanya dan kucup pipi arwah yang sejuk dan jernih

terasa sebak di hati ketika imam membaca talkin untuk arwahyarhamah hajah fatimah ridzwan
tetapi
saya redha dengan ketentuan Tuhan
saya percaya setiap tugasNYA adalah sempurna

kalimat Al-Fatihah serta surah Al-Ikhlas sebagai sedekah kepada arwahyarhamah hajah fatimah ridzwan
semoga roh nya dicucuri rahmat
amin..

Thursday, August 06, 2009

saya alien berkaca mata berbingkai ungu di hari temuduga

hari ini tepat pukul 7.15 pagi yang redup tanpa sapaan matahari,
saya begegas ke pejabat pendidikan untuk sesi temuduga guru sandaran di sana. ramai juga lepasan graduan datang untuk di temuduga.

setelah beberapa minit di sana, saya berasa bosan teramat sgt kerana setiap muka-muka yang ada, tiada satu pun saya kenal atau pun pernah lihat. saya memulakan langkah dengan melemparkan senyuman yang xseberapa sbg signal untuk memulakan sapaan.

nyata setelah 2-3 org yang saya berbual, suma nya jurusan diploma pendidikan dan lepasan graduan kuitho, usm dan juga upsi. tiba-tiba saya berasa seperti bertukar menjadi alien memakai kaca mata berbingkai ungu di hari temuduga hari ini.

bak kata pepatah melayu, "terlanjak perahu boleh di tarik semula" tetapi saya tetap nekad mahu mencambahkan lagi pengalaman saya dalam suasana temuduga sektor kerajaan. walaupun temuduga posisi guru sandaran hanya sekadar kontrak tetapi saya tetap mahu hadir.

pada permulaan momen, saya di uji dengan ujian INSAK yang mengandungi soalan analitikal sebanyak 135 soalan selama 30 minit. semua soalan dalam ujian itu perlu kita membayangkan diri kita menjadi manusia berperibadi malaikat bersuci hati. saya terpaksa menjawab dengan bertopengkan manusia berkeperibadian sebegitu walhal sejujurnya ikhlas dari lubuk hati saya,saya tidaklah sebaik sebegitu rupa, kadang-kadang kekerasan perlu juga di ambil pakai. adakah itu di namakan hipokrasi? munkin dalam situasi ini, di panggil hipokrasi sunat agaknya hehe

setelah cukup 30 minit ujian berikut, saya di panggil untuk sesi temuduga, penemu duga agak kehairanan dengan major saya tanpa pendidikan ikhtisas berada di depan nya. saya juga kehairanan, kenapa mereka memanggil saya sedangkan saya tiada sijil kelayakan yang mereka sebutkan. hanya sijil diploma dan ijazah pengurusan sahaja yang saya punya.

seperti biasa, sesi soal tanya bermula, soalan selalu di tanya seperti perkenalkan diri dan juga soalan berkenaan definisi teknologi maya. teknologi maya umpama makanan saya setiap hari, saya sering mengunakan nya tetapi tidak tahulah definisi yang saya beri kepada penemuduga itu benar atau tidak. janji saya mencuba selagi saya terdaya.

ihsan iklan usahawan Hai O 'usaha tangga kejayaan, rezeki Allah berikan, syukur alhamdulillah..' ",)

Friday, July 03, 2009

pesanan ringkas bermakna

aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar
DIA beri kaktus berduri
aku minta kupu-kupu
diberi ulat berbulu
aku sedih dan kecewa
namun kemudian
kaktus itu
berbunga indah sekali
dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik
itulah jalan TUHAN
indah pada masaNYA!
TUHAN tidak memberi
apa yang aku harapkan
tapi
DIA memberi apa yang aku perlukan
kadang-kadang aku sedih, kecewa, terluka
tapi jauh diatas
segalanya
DIA mengatur yang terbaik dalam kehidupan
aku..

terima kasih dengan forward pesanan ringkas sungguh bermakna