Sunday, October 05, 2014

Sila Berhenti Bersenandung

Salam aidiladha
berlemang rendang aku di pagi hari
hujan membasah bumi
matahari malu menerik pagi

aku tidak mengerti
bila yang tak henti
mengimbau unduran masa

sudahlah
berhenti bersenandung

sudahlah
mereka aman di sana

sudahlah
jangan sentimental segala

sudahlah
jangan cuba cipta kontroversi murah

sudahlah
jangan jadi cengeng

kita yang masih diberi peluang untuk bernyawa
berhenti bersenandung
berhenti memaparkan merundung kesedihan
buat khalayak rimas
sudahlah

tujuan apa
cerita sorok hati
biar monolog dalaman dengan Tuhan
dari kau bercanda
bersenandung
mengimbau cerita lama
maju ke hadapan
akan aku suntik gelombang raksa
supaya kau sebesi aku
sekiranya kau memang betul-betul tak mampu
aku harap ia bukan palsu
atau puteri drama ciptaan kaku


sekian ",)