Sunday, October 26, 2014

Member

Member
Klasifikasi aku kawan biasa
Nah aku tak minta lebih
Tak perlu puja aku
Tak perlu sanjung aku
Cakaplah apa saja
Aku telus
Aku tempias untuk dibicara

Ada member zaman irc
Aku OK saja
Tapi kalangan aku
Mereka rasakan tidak selesa
Cara mereka
Selagi tiada senggolan ayat mesra
Aku tak kisah

Pelik aku
Benci jiwang
Sopan memadai

Fakta
Aku selesa dengan mereka yang spontan dari berpura-pura

Fakta
Bila aku dah anggap sekadar kawan
Batas aku sebagai kawan sahaja
Sembang lah apapun
Aku tak terasa
Kerana kita bukan bercinta.