Saturday, July 12, 2014

Bangka


Bila cekang pasti akan kerut kedut bila sampai waktunya
hati muda pasti tua bila senjanya
situasi dulu cerah pasti gelap bila waktu menyinsing lalu

Aku kalangan mudah
aku tahu
aku redha
bila ia dipanggil pinjaman
pasti satu masa
ia akan lenyap
diambil kembali
itu adat orang meminjam

ihsan aku kepada pinjaman pemberian tidak ternilai olehNYA secara realiti telah selesai
putus segala
namun
aku tak abai
tanggungjawab aku kepada pemberian tidak ternilai olehNYA di dunia barzakh mereka biar DIA sahaja yang tahu.

aku bingung
kenapa
ada hati
ada pemikiran
membingungkan

sepicis sahaja
katanya sepi
katanya rindu
katanya terluka
masih tak redha
kenapa perlu meretrokan cerita lama

sudah lah
selesai
semuanya selamat
kata
bila tiba
tak tahu lagi
jangan kusut
perkara sudah DIA simpul rapi
jangan dirungkai
tiada manfaat

sekiranya benar
dibelenggu rindu lagaknya
sedekah fatihah
itu cara kita

usah cipta satu sesi muhasabah diri sedangkan tuan punya badan perlu tahu apa tujuan kau sebenarnya..
jangan harap hati sendiri dijaga orang
sedangkan hati yang mengharunginya siapa tahu


kau hanya terbias picisan sahaja
masa kau doa yang baik sahaja
kami sudah selesai secara realitinya
namun sejahil kami sedar tanggungjawab kami moga rahmati mereka disana tak pernah lekang menadah meminta padaNYA..

sudahlah
sudah bangka
sudahlah
jangan cipta situasi sebersalah
ini bukan cerita jejak kasih
ada muzik lagu meruntun ketika bersajak meluah cerita untuk menarik perhatian siapa
sudah lah
kerana
ia telah tamat cerita.

"Tika rindu sedekahkan fatihah bukan merundung kelabu sambil retro cerita kerana aku bukan kalangan itu#"