Thursday, June 05, 2014
Tunjuk Hingga Terantuk
Aku terasa sedikit mahu demam
mungkin kurang minum air kosong
aku kuat
aku tak boleh demam
muhasabah diri
bulan Jun hingga Julai akan dilalui cabaran baru
harap agar dirahmati
Semalam aku mimpi gigi pecah
orang tua tua kata mimpi gigi ini keluarga orang tua kita
sudah lama aku tak selak tajulmuluk mimpi mahu tafsiran mimpi dalam Islam
namun apa perlu aku risau kerana kedua orang tua aku sudah tiada
hanya memperjuangkan cinta yang akan mendampingiku selamanya
chewahh
Hari ini aku masih tidak putus meminta
jahil permintaan aku cara aku barangkali
DIA belum puas mendengar bisikan aku
melolong dalam hati
monolog dalaman rekaan aku sendiri
Apa yang aku harap
meminta kenyataan itu terserlah
jika tidak katakan tidak
terantuk aku benjol
seketika
tak mengapa
rahmatnya aku jadi lupa
aku beralih arah pula
malang sedikit
otak aku masih cerdas memikir
kenapa belum benjol aku lupa
supaya cepat aku tutup mati suis ingatan aku
bergalak ria
aku anggap ia jeda
seketika pada mulanya
namun
aku rasa
seperti selamanya
mana tidak nya
aku baling sebertih
kau sambut sebertih juga
bila mahu jadi benih membungakan hasil
aku memang kabur tentang haluan itu
permisi dahulu
penaipan aku terhenti seketika
sedang mengira sempoa
cadang untuk ke luar negara
kami berlima
aku kategori boleh nyanyi "Kalau Aku Kaya" sahaja
namun
ada rezeki Allah
sekilas aku terimbas rakan kerja aku cerita pasal uwang
kaum lelaki
bayar itu bayar ini
nah
mereka lupa
aku yang bersaiz kasut 5 juga merasai perkara yang sama
cuma jodoh aku masih lambat
mereka bercerita tentang persiapan
salah tanggapan mereka
kaum aku tak perlu siap apa
siapa kata
macam pelik sahaja isi borakan mereka rakan sejawat aku
aku dengar sahaja
memecah mata yang makin layu ditiup ngantuk
jantina kita lain
namun
tanggungan nya sama sahaja
takkan kaum aku nak mengharap sahaja
aku rasa
zaman mami jarum
dah pupus
aku pun tidak diajar begitu
tajuk blog malam ini menyimpang sedikit
cerita menghayatinya
sekian.