Saturday, June 14, 2014

Konsep Redha



Aku dah lalui
Aku tahu
Kau batas pun tiada lagi
apatah mencangkul lurah menimbun batas sebelum benih ditabur
sekiranya tanahnya keras kering kontang
bagaimana
aku bilang
aku cerita
namun kau kebas deria
tolong faham
tolong redha
bila mana
serasi ia sudah tiada
tolong sandarkan takdir itu
tak rebah mahu luka
kerana kau belum terbang
belum pernah terbang
seperti aku
parah terbang tinggi dahulu
aku tahu
namun
kau perlu redha
sebelum sampai waktu.