Musim bukan sahaja ada empat
namun hati orang pun bermusim musim
sekejap bunga
sekejap luruh
sekejap mendung
sekejap hujan
silap silap boleh cetus guruh kilat panah memanah
Rentetan cerita bermula
Ia perkara lumrah
Sudah masanya
Tampak kacip & pinang telah tersusun rapi
namun
sedikit
tampak lompong kerana ia secara tiba
jadi
ramai yang tertanya
mengapa pantas sebegitu rupa
Rentetan itu
telatah melatah itu anugerah
tambah kaum hawa
tambah kami sudah boleh dikatakan dewasa
yang belah sana nya masih muda
masih mentah
Sepusat sepusing aku cuba memperbetulkan keadaan
nasihat cara dewasa
namun
impaknya pasti ada
belah sana melatah
sini pun melatah jua
masing masing
berbalas pantun memantun
lantun melantun
tercetusnya guruh tidak dipinta
kebas langsung tiada
semua bendalir deria berfungsi galak
terlaris peka
tercetus singgung dalam canggung
aku fikir
sudahlah..
biarkan mereka
bukan sepusat sepusing kita
kita jaga lingkaran keakraban lima kita sahaja
sudahlah..
biarkan mereka
moga Allah permudahkan urusan mereka
anggap ia
makluman kita
untuk masa kehadapan
bila tiba hari kita
mana tahu.