gaya raya belum kunjung tiba
anak bulan belum nampak
dah berjebah respon aku terima
ada yang positif
ada yang negatif
aku umpama mendayung sampan lautan
aku memaut pendayung menolak cas-cas negatif namun aku masih bergantung tenaga positif yang aku ada
seupaya aku ada
Menjeruk hati masih merembes kata-kata waspada pada aku
aku peka
aku harap aku tak mudah melatah
apatah lagi
yang cuba mempengaruhi
aku peka
aku harap aku tak mudah melatah
yang menyuntik perasaan tak mengapa sedikit pemetik semangat
aku peka
aku cuba
aku bukan mudah mengalah
cuba aku tak berani
katakan sepenuh yakinnya
mimpi yang aku tak terlintas langsung mahu idam sekali pun
tak lama lagi akan muncul jua
aku tak dapat lari
sekurang-kurangnya diberi masa diberi ruang aku menghela nafas
sebelum
sketsa baru menerpa
aku panggil ia sketsa
dalam lubuk ini pasti ada drama
pasti ada pelakon nya
layar cerita galak melayar cerita
gementar aku memikir
sekarang dan bakal tiba kelak
merujuk gambarajah di bawah
aku tahu ini kerja merapu
kelapangan, kedinginan malam ini
buat aku sedikit rajin
untuk melukis
menggunakan pad sesentuh laptop retro merah jambuku
Gambarajah ini menceritakan mengapa aku gementar
aku gementar sedikit khuatir kerana
Lani
aku kerja sorang-sorang sebab aku orang bawah kepada 3 orang bos besaq
aku lah buat kerja dari A sampai Z..tukang segalanya hingga ke urusan fotostat pun aku buat. pendek kata lambat pun aku, cepat pun aku. Tiada tekanan. Pandai-pandailah aku bahagi masa.
Tak Lama Lagi
aku bakal jadi pegawai padahal memang sejak dulu aku pegawai kecik gred B pun. Yang agak sukar aku perlu selia 4 orang kerani bawahan aku. Walaubagaimanapun, aku respect mereka. Hormat aku ada pada mereka. Aku anggap mereka kawan rakan sekerja. Dengar-dengar macam kerani bawahan senang diuruskan. Namun realitinya aku tahu tidak semudah itu..
kerana
lubuk ini penuh dengan drama.
banyak otak otak sedang melakar cereka..
aku harus berjaga jaga diiringi doa.
walau Usaha Tangga Kejayaan
tanpa doa perlindungan
siapalah kita!
