Yes!!
Aku berjaya menyelinap masuk akaun laman sosial awang rupawan (sila rujuk jenayah rasa II sekiranya berminat)
Walau bukan pakai akaun aku sendiri tapi tak mengapa 2 akaun aku pakai..
Sekiranya untung sabut timbul..promo menjadi, aku tunggu kau datang. Arhh aku tahu angan.
Biarlah..
Realiti bersua apatah lagi menyapa pun tak pernah
Namun
Aku selalu berfikir
Modus operandi
Mahu ketemu
Gegendang nawaitu meronta ronta
Yang
Aku tahu aku suka sebelum berjumpa
Sekejap berpujangga milik rangga ada apa dengan cinta
Aku mula menyelinap
Hendap
Percubaan kedua berjaya
Gegendang hatiku berirama
Percubaan pertama aku gagal
Aku bukan jenis yang putus asa
Galak
Jari jemari kecilku
Menari nari bercumbu papan sesentuh laptop retro merah jambuku
Misi pencarian dijalankan secara kasar dahulu
Akan diperhalusi bila rindu
Yang penting paling ruji
Kau single
Walau status kau macam agak agak pelik tapi tak mengapa
Asalkan single & normal
Walau ramai rakan perempuan
Aku fikir ia lumrah si bujang rupawan
Menebus masuk akaun laman sosialmu umpama memecah masuk kamarmu
Aku tahu
Aku tak mampu menggapai
Hanya mampu melihat
Ia masih terhalang dari sekeping kaca talian maya.
Sekurang kurangnya mitos angau nampak bumbung rumah pun jadilah.