Keluar pagi tadi pergi rumah makcik pun area tongkangyard, jalan lengang sahaja
Pukul 10 mungkin ada yang masih tidur, balik kampung, mungkin juga mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat hari ini sempena 1 Rejab 1435H.
Aku pula
mengambil kesempatan hari ini cuba menawar masa hadapan lebih cerah
memohon kerja kosong di tempat tempat spot kerja dalam Alor Setar ini
mana tau
berkat barakah nya 1 Rejab 1435H
ada lompang kerja lain yang menanti
PEMBETULAN:
lompang kerja hakiki yang diisi bukan tak okay
okay
gaji okay
tapi sejak dua menjak ini banyak drama
aku benci drama
itu yang tak okay..
bukan aku yang buat masalah
orang lain punya masalah
aku pegantinya?
sketsa ini berlaku
kronologinya begini
organisasi ini umpama burger
roti top level
mentimun daging itu aku
roti down level
sketsa konflik berlaku
roti down level mengadu pada roti top level
mentimun daging jadi mangsa
yang kelirunya
roti down level
lompat kijang langkau mentimun daging macam kami ini?
aduan didengari pulak tu?
memang drama
aku bukan pengarah drama tersebut
tapi
aku pula yang berkait
dengan drama entah apa apa kalian reka
rimas
stress sebab "kenapa harus aku"
konflik orang
aku yang kena ganti
benda remeh
ciput sahaja
dah jadi besar
interpersonal komunikasi kalian yang meleset
aku juga yang terbabit
aku letih
aku penyelamat merangkap aku penyambut kerja bertambah
gaji naik
pangkat naik
itu baru bertambah okay
aku benci drama
perempuan ini masalah satu ja
sikit sikit drama
sikit sikit mengacium
sikit sikit tak boleh tegur
lepas tu kata belakang
disebabkan drama sebegitu lah
aku pun terjerumus dengan kancah kalian yang tidak menyenangkan
Bila aku fikir balik, memang aku cuba bidas balik apa yang cuba menjerumuskan aku dalam hal ini;
Bila aku teringat petikan surah ini
"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah : 216)
Aku mungkin tengah tegang sebab tak dapat terima kenyataan.Walau apa sekali pun
kenyataan atau ternyata termaktubkah, aku mula cari peluang-peluang lain, sekiranya memang dah tertulis buat aku, siaplah tukang buat drama tu jangan harap nak buli aku. Nak berdrama sangat kan?
Cukup sudah bercerita aku muntah.
Hari Ini
Pekerja jangan stress.
Pekerja berhenti membanting tulang sat
sebabnya
Hari ini
Hari Pekerja
