Sketsa Gelagat pejabat
Pagi tak sugul
Pagi biasa
Menyelesaikan tugas lama sebelum berganti tugas baru
Aku belum lagi bergelumang tugas baru
20052014 belum tiba
Cuma aku tak faham sikap orang
Aku tak kata aku baik
Nak ajak juga aku bergosip
Aku bukan orangnya
Bila aku senyap tak beri respon dah kata aku sombong
Memang aku pendiam apa
Sejak bila aku jadi peramah
Gosip ni petua ubat pecah ngantuk ka
Malangnya
Aku kaktus
Nak kata aku keladi pun aku tak ada masalah
Kematangan berbicara tidak bergantung kepada umur
Berpengalaman banyak mana pun belum tentu ukur jadi professional
Aku benci drama
Aku benci talam 2 muka
Aku benci mengadu domba
Jangan gelomangkan aku dengan sketsa drama kalian
Aku tak menyebelahi sesiapa
Aku buat hal aku
Hal kerja sahaja
Yang soal peribadi letak tepi
Aku tak mahu jadi pengadil
Penyokong pun aku tak berminat
Berhenti mempengaruhi
Lagi cuba drama
Lagi jelak melihatnya
Lagipun
Kita bukan ahli politik
Tak dapat apa
Tak ada kotak undi
Populariti pun jauh sekali..
Nauzubillah aku tak mahu