"instruct people smart/feeling with your full of heart"
"clean your heart before instruct people heart"
Kelmarin & kelmarin dulu aku menghadiri kursus tajuk Pengurusan Masa.
Penceramah nya mula mula aku agak tak faham.. bagaimana penceramah dalam bidang teater boleh kendali kursus ini.
Bila dah akhir kursus bila buat rekupan bersama, baru aku faham tersirat nya aku dapat dari kursus yang aku hadiri itu.
Mungkin tajuk cerita blogging hari ini agak skema walaupun tengah bercuti.
Cara nak pupuk buat kerja fokus & effisyen, perlu pandai bahagi masa antara tugas penting atau tugas segera
Kita memang tak boleh fokus 9 jam kerja sempurnanya, jadi perlu ada selingan untuk berehat dengan berangan seketika maksudnya buat benda yang kita suka sekejap..benda lagha sekejap, lepas itu baru mula keja balik.
Pepatah kata seperti di atas antara ayat penceramah yang aku ingat.
Kita boleh pukau deria/hati orang dengan cara hati kita kena bersih dahulu & cuba minta pada NYA & bersungguh-sungguh
Aku dah mula percaya apa yang penceramah tu kata.
"Hidup akan menjadi kaku sekiranya tiada drama"
"Hayati apa yang kita ada & orang sekeliling kita"
Maksud drama di sini bukan drama kaki propa tu, drama umpama memahami watak diri.
Huii aku dah bercerita macam orang main wayang...
Ok2x setakat ini sahaja cerita nya.
1 hari cuti umum, aku manjakan jejari makan tengahari dengan sambal tumis udang sahaja.
