Sunday, April 06, 2014

Bermotivasi

Aku tak mahu merundung sendu
Aku tak mahu mengusung sebak
Mendung akan terbit cahaya
Mara tetap mara
Kewajipan tetap dilaksanakan
Cengeng sedikit tak mengapa
Siapa tak sedih
Cuma aku harap
Pupukan tabah ku bertambah
Pelihara kami

Aktiviti kami hari Jumaat
Sekarang sudah ada 3 pusara insyaallah kami ziarah
Perkuburan Taman Uda
Tanggungjawab kami
Bila ada masa terluang
Takkan lupa
Sejak kecil kami telah dilatih ziarah pusara tok & tokwan di Sg. Petani
Aku ingat seusia darjah rendah
Kami diajar tidak gentar
Menadah tangan
Membaca Al Fatihah menghadap pusara
Aku ingat seusia darjah rendah
Kami diajar cabut rumput di pusara arwah tok & tokwan

Telus
Kami tak warak
Kami amali apa yang dilatihkan
Bacaan surah yasin kami tak sempurna
Hadiah tak seberapa kami kepada 3 arwah tercinta tak terbalas jasa mereka.