Thursday, March 27, 2014

Soalan Ok

Hari ini aku masuk kerja
Urusan dengan pelajar jagaanku
Kerjaku
Amanahku
Tanggungjawab ibuku
Serahkan seketika pada adik beradik lain
Aku jarang faham
Orang yang bersikap kurang sensitiviti
Deria mereka ke mana
Punya masa bertanya aku
Adakah aku okay?
Soalan yang buat aku rasa sarkastik terjadi
Kalian rasa apa
Berada di kasutku
Adakah seruling hati sedang menyanyi dikala orang paling bernilai terdampar lena diulit mimpi..
Aku tak pasti bila ibuku akan terjaga
Allah masih beri aku peluang meminta
Mungkin aku belum cukup pinta kepadaNYA

Sebenarnya
Aku tenang di mata kasar
Dalamanku
Sawang bukan angkara labah

Aku selalu pahat dalam diri aku
Aku kuat
Aku tak lemah
Aku tak cengeng

Adakalanya
Mereka
Mereka ini
Soalan jahil diajukan
Memang buat termenggu memikirkan
Apa yang mereka
Mahu lihat dari riaksi muka aku
Telah siap kusut.