Tuesday, March 18, 2014

Si hati kering

Ketemu lagi berblogging..
Semalam baru pulang rumah
Tempat berguling lagi dikenang
Inikan pula tempat mengadu lelah

Notis pendek arahan bertugas rasmi memang mencabar kocek
Berjaya redah dengan redha
Menyewa hotel murah di celah chow tenang sahaja
rayu hati hanya untuk 3 malam
Tiap malam mengunjung pasar chow kit semak sarat dengan manusia
Entah apa sekadar menjamu mata

Pasti ada yang merungut bila terkena bertugas lokasi yang kapasiti pelanggan yang banyak ragam
Mereka pasti hendak berkecuali
Mudah sahaja
War war garis panduan tersedia

Berhadapan dengan pelanggan kritikal yang menyukarkan
Rumit aku rungkai tanpa debaran

secara biologinya
Aku kaji. Ternyata golongan hawa yang merumitkan keadaan walau mereka spesis aku
Adam rileks sahaja
Aku menurut perintah
Katalah apa sahaja
Aku balas kembali
Kurang terang
Aku jelaskan satu persatu
Katalah apa sahaja
Aku seteguh kaktus padang oasis
Tak lekang dek kemarau
Konfrontasi kemarahan mereka
Menghalalkan
Sesuatu yang taboo
Aku bukan orang itu
Kerana
Aku si hati kering..