Melayang pemikiran ku
Aku buka YouTube sambil melihat & mendengar petikan gitar beliau orang yang aku suka menghidupkan sisa malam
Aku malas mengira hari lagi
Aku rajin berdoa
Aku kenang ibuku
Tiada yang buka tv di waktu larut malam
Tiada aku dengar batuk
Rindu merawan hati
Kuat menanggung
Masa sebegini
Hati pasti rapuh
Bila yang salah cakap
Mampu memijarkan mata berkaca jadinya
Aku bukan anak manja
Turut aku bukan anak bongsu
Ibu bekerja
Ibu tabah
Kuat
Wanita besi
Pemandu kereta perkasa
Hantar kami ke sekolah
Hantar kami ke tempat tusyen
Ibu garang
Kami tak pernah hidu erti lewat
Arwah ayah kerja jauh
Ibu lah wira dikala hari kerja
Aku ingat
Ibu hantar sekolah convent
Konon pandai boleh cakap bahasa Inggeris
Aku belajar bahasa Tamil
Aku ingat
Keputusan PMR
Aku teruk
Ibu pindah sekolah
Arwah ayah juga urus
Masuk sekolah bahiyah
Aku jadi orang
Masuk U
Jadi seperti sekarang
Selepas U
Aku menganggur
Buang setahun
Aku ada makcik
Makcik jaga aku waktu ibu sedang kerja
Makcik juga aku anggap ibu
Makcik sakit
Aku & ibu berulang menjaga
Apa apa kami berdua
Arwah ayah tak larat kala itu
Aku sanggup lupakan interview kerja
Kerana aku ada tugas bersama ibu
Dari situ aku rapat dengan ibu
Aku berani cerita semua
Aku rindu nak mengadu dengan ibu
Mohon berikan peluang lagi agar sumber kekuatanku ibu ada sama seperti sediakala
Itu sahaja ku pinta.