Bila dah jadi resmi
Memang sukar ruyung hendak dipecahkan
Semua sudah jadi rotan
Yang nak melenturkan muda usia
Jagung bukan payung
Lahiriah orang makan garam dahulu
Akan bentak bila yang masih hijau cuba menjinakkan..
Sudah tugas beliau
Namun mereka makan ubi selepas perang kedua
Kalis arahan
Aku pun kurang senang
Namun amuk ku tidak terbias
Biarlah
Hari ini cara dia
Esok lusa tetap rahsia..