Pukul 1.37 a.m.
Mercun papan sudah habis dibakar
deruan bomba mungkin polis sudah selesai menyelamat
giliran aku yang belum terlelap
Ini cerita siang tadi
cerita orang aka pelanggan di tempat kerja aku
hah
ini bukan sesi mengkritik orang
sekadar nak kongsi
tak reti
tapi malu nak mengaku
banyak pula debatan dia
masih salahkan capaian maya
sesi perbualan bermula
beliau penuh debatan
aku sekadar mendengar
sesekali aku cuba pertahankan apa yang tak betul
tapi sudah pelanggan
biarlah
beliau berdebat
dia juga yang bijak
aku mengalah
bagi dia rasa bijaknya beliau
isi cerita ini
sebelum usul periksa
apatah lagi semakan pun tak dibuat
terus nak berdas das lontaran yang diberikan.
sekiranya kita sesat di hutan bertanya tak mengapa
jangan bebas di hutan tanpa arah tujuan.