Friday, January 17, 2014
Alibi Mimpi II
Alibi mimpi terseret aku menyambung cerita..
diketuk aku bukannya teguh
cuma kau terpecik juga alibi mimpi ngeri
terjebak luka agak dalam
aku rasa calarnya
kerana aku makan nasi seperti dia
walau aku makan risoto setiap hari pun
aku manusia
rebah jua ditusuk anak panah.
Apa perlu dilakukan
kerana ia telah berlaku
mungkin suratan
mungkin pengajaran
berjaga jaga selepas ini
Jangan dipendam
hingga menjadi abu
doa aku
maaf & lupa
itu saja ku mahu
walau hati
bentak menyumpah
kerana aku manusia
penonton sebagai juri
hanya yang terpilih
akan menepuk belakang ku
mendodoikan aku; semua tiada apa
aku dahaga kata kata kelegaan
lebih baik aku diam
kadang ada juga ku hembus kata
kerana geram pasti nya ada
aku manusia
tak sengaja
kerana mahukan ia sempurna
adakah semua nya
sebelum ini
adalah sempurna
bagi dia.
entah
akhir kata
memaafi
lupakan
peluang
itu saja
ku humban dalam kepada ia sebagai loceng waspada.