Saturday, September 10, 2011

menjeruk si tua

menjeruk
asyik-asyik menjeruk
sepatutnya jangan jadi sebaya aku
jadi baya kamu
kenapa pandai berkata
aku tidak menjeruk seperti kau
benda kecil kau buat ia besar

cubalah belajar baca otak sendiri
suka menyalahkan orang
kau baik kau tersentuh

tersentuh lah sangat
abis aku ni hati batu
semua kena mengalah
kau pendiam pendam tapi meronta dalam diri sendiri
apa yang kau dapat dengan segala tingkah laku kau
gembira atau hanya sementara
berkedut seribu kerutan dahi jalur malur
takkan buat kau lega

jangan hanya pandai
memena orang
hanya tahu terguris
hanya kau sahaja teraniaya
doakan biar ia jadi nyata
itu kau

aku bukan jenis cakap belakang
berpuas hatikah
tidak berpuas hatikah
berdepan-depan aku

kau
penakut
dengan orang penakut
dekat rumah
bukan main lagi
mencuka
kononnya kau majikan aku
kau salah aku tak boleh tegur
bermaki-makian dalam hati
kadang-kadang benda salah pun tak boleh tegur
sensitivo vito di tangan kau

aku salah
kau tegur berkati

aku tegur
kau mula memecat aku
senyap seperti kedengaran cengkerik mematah sunyi

apa masalah kau
tertekan
kau cari solusinya sendiri

aku stress aku tau apa cara untuk aku atasinya
mungkin memasak
mungkin berjalan
mungkin tidur
buang resah gelisah geram menyampah keluar buang dalam diri

daripada kau memendamnya
daripada kau terus menjeruk
daripada ia terus menjadi barah
daripada kau nampak semakin tua
daripada kau tidak disukai rakan sekerja
daripada kau buang orang yang kononnya menyusahkan kau
padahal kau yang bermasalah
daripada kau menjadi keladi dan kau terus menegak benang yang basah
kau menjadi puteri drama swasta

memang azalinya perangai kau sebegini
aku tunggu
kau duduk sendiri
adakah kau berjaya mengawal orang degan sikap mu yang kau sendiri tidak dapat mengawalnya

jika kesemuanya orang di sekeliling kau berasa bermasalah
itu kau yang bermasalah seadanya
kau yang bermasalah


aku makin susut kurus semakin aku makan hati dengan kau
biar aku kurus

kau macam tu juga
macam tu menjeruk bertubi-tubi

tetap sama
tidak pernah berubah