setelah mengoreng nasi goreng buttercup,bwgputih dan lada
makan dengan ikan potong
sudah selesai
sedia pil kolestrol dan darah tinggi
selesai
dan mula
sambung cerita
empat menginap aku disana
kami bertukar giliran
kala adik beradik ku pulang bersama berkongsi rasa
dalam kamar kandung
katil 21 wanita strok koma
katil 22 wanita kencing manis
katil 23 wanita derita luekimia
katil 24 mamaku kurang gula
3 hari berbalas suntikan gula dan garam tegar
tanpa jemu jururawat memeriksa gula dan tekanan darah
munculnya
moral dan teladan
dalam kamar itu
katil 21
wanita yang menjangkau
60 lingkungan umur
tidak sedarkan diri
sunyi keseorangan
suaminya
tidak daya
menjenguk juga
namun faktor umur
menghalangnya
dan sering
menagih cerita
ketidakprihatinan 7 beranak mereka
galas cerita
suami setia
walau isterinya
koma
namun setia menunggu
mahu aku rakam gambar mereka
melihat gelagat pakcik tersebut
namun
ku fikirkan
mungkin tdk kena
lalu aku ceritai sahaja
katil 23 wanita leukimia
mata lebam berdarah
dan sesak dada
sering mendengar keluhannya
ujian Tuhan...
kerana tidak berdaya menahan kesakitan
si anak membaca surah Yasin pereda kesengsaraan
sepi sementara
dan genap empat hari
doktor putuskan boleh pulang
lega
sambungan randik cerita tamat