Friday, January 21, 2011

klasifikasisme

sekalipun
tidak terpanggil
tak anggap ia perhubungan
tak anggap ia kepentingan
beranggapan seperti yang lain-lain

tidak terpanggil jinak
endah tak endah perkara biasa
endah tak endah rutin kali
endah tak endah tiada perbedaan

biar mereka membuat ramalan meleset manapun
hanya tampak lirik mata kosong
tidak bercahaya
degupan biasa
tekanan darah biasa
tiada rias terkesima sekalipun

beradab
itulah dia
mereka urban
omong kasar
aku berlagak kosmo
omong beralas
terbuka
kerana aku biasa bergaul dengan kelompok sebegitu
aku bersusun ayat
tidak semestinya hanya kamu seorang

baik dengan ku
tertib dengan ku
aku balas mendarab dua

mungkin lawanan jantina tersalah reka minda
cerekarama cerita
aku tiada apa-apa