Sunday, January 02, 2011

fragility

sukar
ada hati cepat terasa
sukar
salah-sangka
tidak fahami orang lain
masalah komunikasi
banyak memendam rasa
rasa
kenapa perlu pendam
bukan siapa-siapa pun
antara kita
pernah menetap rahim yang sama

aku terasa
tidak mengapa
mungkin hukum karmaku
buat kalangan dulu hukuman buat diriku

tapi kamu
mahukah merasainya
balasan
hukuman
berputar-putar

kian lama hati gundah
benda yang sama
tanpa tiada rasa sedar
acapkali bukan sekali-dua

rapuh
cepat terasa
sensitif
fragililty

sampai bila?
sampai berkurung dan sedar
telah tiada
siapa-siapa lagi yang mahu kamu terima sikap sensitiviti tidak menentu

diri ini
juga berhati rapuh
namun
tidak endah biarkan

cuma
teramat mulia
puan punyai rahim
tempat kita menetap
mahu juga kamu
rasai

ingat sampai bila-bila
selagi ada
terasa sedikit telah banyak mencari punca
kebajikan kita hilang serta-merta
biar menggali emas selautan,
biar berjumpa tabib manapun
yoga terapi jiwa manapun
kita tidak akan
selesa
sejahtera
kaya
sentosa

mohon

"andai dapat ku selami hatimu yang terlalu rapuh itu dan kau juga punyai hati turut sama menyelami hati kecilku..akan ku kotakan janjiku kerana usia kita terbatas dan salah sangka antara kita terusai selamanya"~