Friday, January 07, 2011

couple sampai mati

kahwin
pasangan
saling memerlukan
simbiosis antara satu sama lain
teman buruk baik

teringat
ketika pergi hospital
berminat melihat
ragam orang variasi boleh tonton
bukan tonton sebagai sindiran
tontonan yang boleh buat aku berfikir
berfikir aku nanti bagaimana

tika
aku tunggu nak ambil nombor giliran untuk mama pemeriksaan bulanan
melangut depan kaunter
menunggu giliran
biasa tempat awam memang ramai pesakit

terpandang pada nenek tua duduk lemah diatas kerusi roda tertampal koyok
dikiri-kanan dahinya
seraya terlihat seorang pemuda berpangkat tokwan
menyorong kerusi roda nenek tersebut
dengan kudrat yang ada
walau aku tahu kedua-duanya tidak berdaya

terpinga
terngaga aku
masih ada
ingatkan pasangan tua negara barat sahaja..
nenek tua itu mesti rasa bahagia
Tuhan letakkan takdir untuknya sangat sempurna
walau tidak kaya
pemakaian tidak sesegak mana
namun
ada masih dan takkan luput peneman hidup
selagi mereka bernyawa

biar nyawa memisahkan
couple sampai mati
gembira terasa manis
melihat mereka
paling teruja antara mereka masih bermagnetik
walau antara satu sama lain sudah boleh mengira helaian rambut yang ada
yang muda-muda
perkara biasa
kadang-kadang tengok menyampah pun ada

mereka berpasangan lama
tertarik pada perwatakan bukan pada rupa
kalis perpisahan
kukuh bertahan
jika dulu licin kulit
kini mulai berkedut dan kelihatan garis-garis tua calari wajah
tetap menjadi dambaan
jika dulu senyuman secantik model iklan jenama ubat gigi
kini senyuman hanya kelihatan gusi tidak jemu memandang
mewahnya kehidupan

harap aku juga begitu..
biar couple sampai mati