Friday, December 17, 2010

rakan lama dipusara


seperti biasa
hari jumaat hari ziarah arwah baba dan makcik saya
masuki tanah perkuburan ucap "assalamualaikum ya ahli kubur"
ucapan rapi diucap setiap kali terucap

harian penghulu hari
leka melihat pusara walau sudah setahun usia berada disana
terlihat perempuan tersesa-esak menahan sebak
mahu juga aku lihat siapa
rakan lama sewaktu sekolah convent dulu?
siapa yang meninggal
kawasan allahyarhamah pula..

hendak ditegur
seperti emosi nya tidak stabil
mungkin masih baru
biarkan
kerana dulu
aku juga begitu

melihat nisan kaku
yang hidup pasti mati
sekali ia datang
tiada siapa yang boleh menidakkannya