kakak bersama kereta wira milik arwah ayah pulang malam semalam
mendengar pengalaman beliau terperangkap dalam banjir
sangat mencemaskan
taman resak
terkandas perjalanan menggunakan jalan desa
dikelilingi sawah serta tali air yang sudah memuntahi air ke jalan tar
mata kasar tidak dapat membezakan antara batasan jalanan
air deras menghempas ke jalan seperti ombak garang di gigian pantai
berusaha kebali diri terus meluncur laju panduan wira mengharungi
air deras paras bonet kereta
semakin ketengah jalan
makin arus terusan air deras
makin dalam air paras pinggang
wira tidak berdaya bergerak lagi
terhenti disini
mungkin kerana tekanan air,wira autolock dan tak mampu membuka mungkin kerana panik
air meresap masuk kedalam wira
hampir menjadi hidupan berdarah sejuk didalam air
air deras makin nakal menghempaskan diri hingga kedasar bumbung wira
nyawa bagai dihujung tanduk
hanya mampu redha ucapi syahadah jika ia hembusan terakhir
namun
pantang maut sebelum ajal
utusan
belia muda menghulurkan bantuan
menolak wira
sekerah tenaga mereka
melawan ombak nakal
menolak wira dan penghuni wira ke bahu jalan yang paras air sedikit rendah
syukur
ada ruang untuk bernyawa
walau
basah kunyup
takut
cemas
sedang bingung
memikirkan apa yang perlu dilakukan
telefon bimbit dimasuki air
rosak
hanya daya
menggunakan telefon awam sahaja
ada pekerja sejawat kenali
tangani kebingungan
pelawai tempat untuk berteduh
beliau terpaksa membeli baju sebagai keperluan kerana kuyup
dua hari wira tersadai
dibengkel kereta
kerana enjin telah dimasuki air
tawakal
nasib menyebelahi
wira kembali seperti
sediakala
walau suara enjin
bunyi seperti
uzur akibat telani air banjir tempoh hari

rakan-rakan sebenar
memberi petunjuk
jalan alternatif
supaya wira dan kakak aku
dapat pulang dengan selamat
jalan alternatif
hampir juga ditenggalami air
hanya tawakal dan doa
panduan roda perlahan cuma
agar dapat pulangi tempat ditujui
Alhamdullillah
kakak aku memacu wira
pulang ke rumah
hati lega
walau
riak muka
aku tahu
dia masih
fobia..