Sunday, October 31, 2010

Selamat Tinggal Paul

Sungguh menyampah melihat reaksi pemenang pemain setelah mereka memenangi sayembara semalam. Tapi tak mengapa,ia langsung tiada berkaitan.
Melalui rujukan perkara diatas, mereka berbeza.

pengalaman sewaktu mengaji dulu
ada N9 dan juga darulnaim
Roomate orang N9 manakala teman lama orang darulnaim

Gembira menjadi rakan & teman mereka

orang N9 peramah,percaya pada adat..
mereka punyai sukut-sakat
aku sudah lupa,kerana pernah dulu rakan serumah pernah bercerita
perempuan berasal dari sana,digeruni kerana katanya harta menyebelahi perempuan.
mereka tidak boleh berkahwin bercanggah suku-sakat mereka,jika ia,perlu tumbang kerbau hitam
namun jika berkahwin luar tempat asal,ia tidak mengapa
sajian mereka kesemuanya pedas
kalau tiada cili api,janggal sedia.
semangat setia-kawan
tidak kisah
jika aku utara,yang lain-lain selatan atau timur
riak rupa kebanyakan berkulit sawo matang dan kuning langsat serta mata bercelak.

orang darul naim pula berbeza
semangat kenegerian menebal
pernah aku punyai bekas teman negeri berkenaan
baik dari teman serumah,rakan merantau pun semua berasal sama
agaknya kenapa boleh menemani aku?
kerana mereka selalu tertipu lihat iras riak-rupa seperti mek negeri asal
mereka
suka memandang masyarakat bandar negatif
tapi sebenarnya,
mereka juga sama
riak rupa kebanyakan kulit cerah serta hidung berbatas.

aku
berasal negeri darul ridzuan
mykard 08
menetap diutara
kami berasal disini
sering dikaitkan membela
warisan orang-orang lama
kerana waktu dahulu
orang-orang lama merantau dan punyai pendinding
terus menjadi warisan
cuma
terserah ia mengikuti pada siapa-siapa
nasib bukan aku..