Friday, September 03, 2010

perjudian

kiraan hari makin hari makin dekat
kiraan bulan makin hari makin hampir
aku sudah bosan mahu menaruh harapan lagi
usaha sudah
tawakal sahaja perlu

aku si pematuh arahan
aku lakukan apa yang mampu
tetapi kenapa ada
si busuk hati lagi jatuh maruah nya
sedang bersedia memalukan aku?

aku mula terfikir sejenak
kata-kata nya
mereka suka lihat aku dihentak
adakah aku ini membencikan?
adakah aku ini menyakitkan?
adakah aku ini menyusahkan?

aku mula terfikir sejenak
adakah ini bukan tempat ku

aku mula memikirkan kelemahan ku, kesalahan ku
apa yang kalian tidak berkehendak dengan ku

aku terbuka
aku berjumpa dengan ramai manusia
ramai perwatakan
aku serasi berkomunikasi secara intrapersonalisma

kalian tidak mengenaliku
aku pendiam
kerana bagiku
si pencerita kosong hanya membuka kelemahan sendiri
banyak kita bercerita, banyak kelemahan yang kita paparkan

aku benci kepada pembawa cerita
kini kita tidak nampak yang jelas lagi fakta hukuman Tuhan

aku benci kepada si pandai petah bah pendeta
tetapi pelupa seperti makan sejuta semut

apa yang nak di banggakan
kamu kosong
wahai sipolan-polan

jika tidak selesa
dengan ku
cuba kamu fikir
bagaimana kamu di tempat aku
jangan kamu ingat aku
bersenang-lenang di bilik tertutup punyai segalanya miliki aku sendiri tanpa dikongsi
aku tidak dihentak
malah aku sedang diperhatikan
bagi aku
itu lumrah
aku dalam kontrakan

hanya sekarang
aku anggap
ia PERJUDIAN
aku sudah berusaha
dihentak sudah
ditegur sudah
dipengaruhi sudah

tetapi aku bukan lalang
penat aku bertapa
ilmu jati diri
di sekolah tinggi ku
penat aku bertapa
pelbagai kursus mentalisma fizikal ku
ia membantu
buat kali ini..

penat dengan manusia-manusia yang pandang mereka hebat tetapi
simpati aku melihatnya..

waktu ini
aku mampu berserah
bagi aku
waktu ini hanya menghitung hari
kiraan hari sudah 3 bulan kerahan kontrakan

disini baru aku tahu
apa gunanya
belajar ilmu gelagat organisasi
di sekolah tinggi ku
ia sangat membantu..

aku hanya menunggu
untung aku menang
bukan bererti rugi aku kalah
kalah mungkin Dia tahu apa yang terbaik untuk ku

aku hanya penunggu perjudian halal
aku redha kalah atau menang