peringkat pertama
aku dicemuh kerana kekok memegang periuk belanga
walau hiruk pikuk berkata apa
aku malu
aku punya teman serumah di zaman pengajianku yang pakar juadah
aku ini apa
hanya tahu menahan malu
pelahap cuma
memotong bebawang pun tidak pernah
dia tidak berkata apa
tetapi
sensitiviti sendiri
pasti punyai
nyata kini
berkat ajakan tunjang ku
berkat sogokan pengaruh media massa aku tontoni
berkat malu nya aku dikhalayak rakanku yang petah berbicara pelbagai sajian mereka
aku berupaya
cabar diri ini
saji sajian yang rasa aku gemari
saji sajian yang perlu aku kongsi bersama disisiku
kekok dalam diri
tiada lagi..
cuak itu aku
perlu buang perkataan itu jauh-jauh
aku dan masa hadapan aku
kerjaya ku penuh insentive, impi sahaja sapa yang tidak merasa
tidak hairan
jika aku perlu buang kecuakkan ku
dulu aku tidak suka bersuara
aku cuba melarikan diri
tidak mahu mencuba
komunikasi diluar bahasa percakapanku seharian
presentasi diwaktu sekolah tinggi itu musuhku
nyata kini
aku berupaya
hadap diri
berkomunikasi universalisme walau biasa cuma
tiada gentar lagi
dulu aku dan numerical
tidak
aku benci dengan kiraan
bukan bidang ku
waktu di sekolah tinggi
ulangan kali subjek ilmu hisab menjadi penghalang cenderungku
nyata
kini
aku berjaya buktikan
yang aku tidak perlu
takut dengan digit lagi digital
tambahan ribuan mahu jutawan
sudah aku hisabi..
aku berjaya cabar diri ku
langkah merentasi pencabaran diri ini
di suatu situasi
aku perlu usaha buang perasaan fobia ini jauh-jauh
seperti aku buang cuak aku rujukan di ayat atasku
mungkin tampak aku naif
mungkin tampak aku cuai
mungkin tampak aku leka
mungkin tampak aku panik
mungkin tampak aku penakut dalam kalut
mungkin juga tampak aku kura-kura berkacamata
sekalipun..
aku terima cemuhan itu..
ianya sakit
sudah tentu sakit
sensitiviti aku juga punya
namun sekiranya di layan hati jahil ku
sampai bila
aku anggap ia melukakan
tetapi aku terima
kerana
jangkaan ku
"walau ia nyata luka penuh kenaifan, aku terima..kerana ia pembawa perubahan penuh berdefinisi"
moga dengan izin Ilahi restukan cabar aku~