Wednesday, July 21, 2010

dongak lihat aku, siapa kamu diposisi aku

bosan, keji perasaan tidak menyukai di kalangan kita tetapi bagi aku, kamu sudah diluar batasan walaupun aku tahu kamu sudah berakar umbi disitu dan tidak memanjat ke langit mahupun bertunas sekalipun kerana kamu kosong tiada apa yang hendak dibanggakan..

sedarlah kamu
lihat aku posisi aku apa?
bukan hendak membangga diri
itu hakiki nya
aku akan usaha selagi laluan ku diberkati NYA bantu aku mendaki
tetapi kau?
sia-sia
hanya menggunakan senjata kecilmu untuk mengarah bagi kamu kalangan tergolong seperti aku sebesar kuman sahaja
sedarlah siapa diri kamu..
jangan memandang ketidak sempurnaan dikalangan golongan aku
kamu punya banyak kekurangan..

datang ribut dugaan kerahan buruhan aku memang butuh semua itu
kerana itu adalah jalan menampakkan diri aku supaya kumpulan tinggi hakimi aku tampak diri ini
cuma sukar bagi aku
bila ada
manusia tiada kuasa, tiada nama, tiada sehabuk mana pun hendak dibanggakan mereka adalah
parasit dalam laluan utama aku

mulai dinihari
aku pasang pada matlamat aku
walaubagaimana teguran mungkin pembawa pahala bagiku
aku terima dan aku cabar dikalangan mereka yang kurang cerdik lagi angkuh itu
supaya mereka dapat lihat
aku bukan senang untuk kamu perkotak-katikkan
aku percaya kepada usaha pembawa kejayaan aku
bukan kamu
hasad dengki pembawa kepada kemusnahan diri sendiri