hari ini perjalanan di waktu pagi mahu ke pejabat tiba-tiba motor laju muncul di hala hadapan kereta ketika aku dan kakak mahu membelok kenderaan ke kanan memasuki simpang.
aku hanya mampu melihat dari dekat dan si penunggang speda itu tidak mengelak terus melagakan spedanya ke belakang pintu kenderaan kami.
nasib baik,nasib menyebelahi kami nyawa tidak terancam
nasi baik,nasib menyebelahi sipenunggang speda tidak cedera parah cuma luka di jari dan terseliuh mungkin kerana di kala itu dia masih boleh berdiri.
kami yang masih dalam keadaan terkejut terus bertawakal dan terus menghantar sipenunggang speda itu ke klinik kesihatan changlun. apa yang boleh kami buat pada masa itu hanya beserah pada tuhan supaya dipermudahkan jalan dan kuatkan semangat.
misi seterusnya kami terus ke balai polis yang berkenaan melaporkan apa yang terjadi supaya kami bersih dari tuduhan undang-undang. walaupun pada kala itu dikenakan kompaun kerana kemalangan tetapi kami lega nyawa selamat dan bersih dari segalanya.
yang paling adil, sipenunggang speda itu iaitu lelaki berusia lingkungan 30 an warganegara indonesia tidak akan mudah terlepas dari undang-undang kerana sipenunggang speda itu tertinggal topi keledar dan kunci spedanya.kami terus mengambil langkah bijak, hanya meninggalkan kunci dan topi keledar empunya diri di balai polis berkenaan. yakin aku katakan, sipenunggang speda itu takkan datang ke balai berkenaan kerana kelihatan diri sipenunggang speda itu seperti ada yang tidak kena. mungkin sangkaan ku meleset tetapi esok akan kami berdua akan periksa maklumat kesihatan nya di mana tempat kami hantari sipenunggang speda itu tadi.
apa yang boleh aku katakan
setiap yang belaku ada hikmahnya
selepas jadi kejadian ini
mulai esok hari
kami tidak akan lagi
lalu laluan di kawasan itu lagi
aku percaya
setiap yang berlaku
sebagai penggerak
adalah peringatan
ku percaya ada hikmah.