Sunday, May 09, 2010

angkuh kah manusia

Hairan,kenapa susah kehendak pengampunan dosa ciptaan dikalangan manusia yang kita tahu sifat ketidak-kesempurnaan itu menebali dalam diri. Kenapa harus berdiam diri tanpa menyahut sebarang patah perkataan setelah disapa sebagai kewajipan umatNYA sebagai khalifah dunia sesama saudara satu tiang yang nyata lagi jelas.



Sesungguhnya

sapaan itu

pengampunan itu

BUKAN

kehendak nafsu

tetapi

tanggungjawab sebagai umatNYA





Pohon sapaan untuk penjernih dosa lalu, kerana kita manusia selalu bergelumang dengan dosa. Adakah sedar atau tidak yang tidak semua akan menyedari selut dosa mereka semalam. Adakah sedar atau tidak yang penunding jari kesalahan itu angkuh dalam dambaan keampunan. Adakah sedar atau tidak keangkuhan pengampun dosa itu tidak layak bagi manusia itu berdiri sebaris kalangan mulia tiada sangkalan.



Bukan berbicara seperti manusia sempurna tetapi meluahkan apa yang terpendam dinurani ini kerana dinihari tersangat kehausan meneguk pahalaMU wahai Penciptaku...



Moga DIA tunjukkan jalan kejernihan yang didamba selama ini..