Wednesday, May 27, 2009

kosongkan petisurat

saya berasa bengang kerana tidak berjaya menembusi emel forum utusan di sebabkan mailbox mereka penuh untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hospital sultanah bahiyah alor star.
oleh itu, saya salin dan lekat sahaja dalam ruang saya ini:

Terlebih dahulu, saya berasa selesa dengan kebersihan HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR STAR. Walaubagaimanapun, saya terpaksa membuat aduan tentang
kelemahan layanan serta servis jururawat-jururawat di hospital berkenaan.

Saya ingin meluahkan perasaan kecewa dan sedih terhadap layanan dan sikap tidak ambil peduli mereka iaitu jururawat-jururawat wad kenanga 5C di HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR STAR terhadap makcik saya serta pesakit-pesakit warga emas yang lain di wad tersebut.

Tambahan pula,yang meruntun hati saya, mereka sanggup membiarkan si pesakit yang lemah memanggil berkali-kali untuk meminta pertolongan. Cuba bayangkan keadaan si pesakit tidak mampu bergerak mahupun menyuapkan makan untuk dirinya sendiri. Disitu, kita sebagai insan yang berperikemanusiaan, jelas terbukti yang betapa lemahnya si pesakit tersebut dan terpaksa meminta belas ihsan jururawat-jururawat.


Apa gunanya jadi jururawat, padahal tidak mampu memberikan perkhidmatan dan layanan yang baik untuk para pesakit? Bukan saya mahu mengkritik jururawat di wad Kenanga 5C, tetapi perkara ini sudah pun berlaku beberapa kali sepanjang makcik saya berada dalam wad tersebut. Malahan pula, saya lihat sendiri, sikap tidak mesra mereka terhadap pesakit-pesakit yang lain.


Adakah di sebabkan golongan yang di tempatkan di wad kelas ketiga perlu mendapat servis sebegini? Apakah piagam pelanggan " Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, sopan santun, jujur dan ikhlas" yang di guna pakai oleh HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR STAR hanya sekadar hiasan semata-mata? tidak di praktikan kepada para pelanggan iaitu pesakit-pesakit? Jangan pula nila setitik, rosak susu sebelanga.

Saya mohon dan berharap sangat agar pihak atasan HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR STAR dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


MiS s0k

Alor Star