Sunday, December 06, 2009

meniti detik-detik di luar jangkaan

sudah lama tidak menyinggah blog saya untuk menaip,mungkin tiada apa yang hendak dikongsikan ataupun malas mahu bercerita setiap detik yang di luar jangkaan

pagi yang windy ini, saya telah melakukan tugas menyapu daun-daun kering di laman rumah saya,bolehlah sedikit-sebanyak mengeluarkan peluh di dahi

lagi beberapa minggu mahu menjenguk ke tahun baru,harap-harap setiap detik keesokkan
hari nya membawa rahmat walaupun setiap hari esok adalah rahsia

kerjaya?di manakah kau kerjaya. perlu kerja sebab dah lama tak mencerdaskan pikiran.

yang pergi tetap pergi,tapi yang masih ada ini harus terus tabah dan jangan lupa waspada dan bersiap untuk bekalan di masa depan yang selalu di luar jangkaan

kesihatan?tahun ini merosot kesihatan saya,harap DIA kabulkan doa saya untuk sihat dan akur dengan dugaan yang di hadapi mungkin itu cara NYA untuk bersih dari dosa-dosa lalu saya lakukan

teman?perlu berehat dari berteman kerana saya perlu belajar raih apa yang saya ingini dahulu..

agaknya kenapa Tuhan selalu rahsiakan apa yang akan terjadi esok,tahun depan dan kelak?
mungkin itu cara NYA untuk kita tunduk kebawah dan jangan terus langut melangit sepanjang masa,mungkin..